November 3, 2010

Selamat Mengundi kepada yang mengundi

Kalau tengok news sekarang ni, boleh kata tiap-tiap hari ade isu pasal Pilihanraya Kecil. Tak kira la, untuk DUN Galas mahupun Parlimen Batu Sapi. Hampir setiap hari ade je isu-isu yang di timbulkan dalam berita TV.


Sangat-sangat beruntung kepada kawasan yang sedang menjalani Pilihan Raya Kecil ni. Boleh diibaratkan durian runtuh jugak la kat diorang. Sebab kalau korang sendiri tengok, macam-macam rezeki yang diorang dapat. Jalan baru, sumbangan kewangan, rumah baru, dan banyak lagi la. Semua gara-gara pilihanraya kecil yang bakal berlangsung esok.

Kesemua parti yang bertanding masing-masing sibuk berkempen. Isu pun banyak yang timbul. Tapi ape yang penting pengundi di tempat mengundi pelu la melakukan pilihan yang tepat. Ye la kan. Masa depan sesuatu tempat tu ditentukan oleh korang. Korang sendiri yang nak tengok kemajuan tempat korang. Bukan hanya dari segi pembangunan semaata-mata. Malah dari segi rohani jugak. Betul tak?

Jadi korang yang berhak pilih. Sebab undi tu rahsia. Pilih lah dengan tepat. Sebab kalau tersalah pilih, nanti kena tunggu PRU ke 13 la baru korang boleh mengundi balik. Sebab tu, pilihlah dengan sebaik-baik nya. 

SELAMAT MENGUNDI ye.

4 comments:

Siti said...

huhu.. belum layak lg nak mengundi.. kamu? ;)

Aizat Shafiq said...

@siti

dah layak dah...
cuma kali ni tak kena kawasan lagi...
tunggu PRU ke-13 nanti kot...
hehehehe

SyAmSuL AnUaR said...

undi lh org yg b'guna...

Aizat Shafiq said...

@syamsul anuar

betul tu...
undilah dengan bijak...
=)