December 7, 2010

Aku masih lagi konfius sebab kenaikan minyak


Kalau tengok tajuk news kat atas ni. Nak je aku happy. Ye la kan. Kerajaan dah bagi jaminan yang minyak takkan naik sehingga hujung tahun ni. Tapi cuba kita tengok balik ape yang dah terjadi. Baru je diumumkan yang minyak RON 95, Diesel, LPG sekali dengan gula dah pun naik harga. Jadi ke manakah janji yang diberikan minyak takkan naik sehingga hujung tahun ni?

Konfius jugak kan. Kalau ikut statement dalam news KOSMO yang bertarikh 3 NOVEMBER 2010. Tak sampai sebulan, tak sampai sebulan minyak RON 95 dah pun naik. Kalau ikut statement dari KOSMO tu, dari Menteri KPDNKK, Datuk Ismail Sabri,

"Kita dapat kawal harga RON 95 menerusi subsidi 22 sen seliter tetapi harga minyak RON 97 ditentukan oleh pasaran"

Kalau ikutkan pada statement tu aku boleh terima la. Tapi tak sampai sebulan dah naik dah. Sedangkan nak masuk tahun 2011 lagi sebulan. Atau pun tahun baru yang dimaksudkan tu adalah tahun baru Hijrah? Kalau ikut tahun hijrah tu betul la. Tapi tu pun dah awal seminggu.

Jadi boleh pakai ke statement tu? Sebab aku masih lagi konfius dengan sebab-sebab tak pun di war-warkan dalam tv pasal kenaikan ni kan? Tup.tup je dah naik. Hmmm.

8 comments:

khaizarien said...

g bg paper tu kat org yg nek kan harga minyak tu... die lupe la tu ape yg die ckp....

izyani_azahari said...

betul. confius kan. walaupun 5 sen je naik. tapi, still terasa gak lah. padahal cakap tak naik dah harga minyak. hmm.

Aizat Shafiq said...

@khaizarien

kalau ikutkan..memang patut bagi...
bia diorang ingat balik...

Aizat Shafiq said...

@izyani_azhari

betul tu...
sebab bila minyak naik...barang-barang lain pun naik la...
huhuhuhu

alien said...

agagagaga
cakap2 ahli politik ni jgn dipercaya sgt
susah!!

kita rakyat biasa mmg xde kuasa
tapi kita bukan tak tahu
cume tak bole nak melawan sbb kuasa dah disekat

Izzat Aziz said...

Biasanya kalau harga pasaran tak berubah, tapi harge tetap naik maknanya kerajaan dah kurangkan subsidi, dia dah cut subsidi mungkin untuk mengurang defisit negara.. tapi tak kenalah kalau nak kurangkan defisit asyik amik duit subsidi minyak je.. cut lah juga dari pembelanjaan kerajaan yang lain.

Mujurlah aku bukan penguna kereta ke apa.. tak merasa sangat kesan dia.

Aizat Shafiq said...

@alien

tu la pasal...
dulu cakap lain...sekarang cakap lain...

boleh lawan...
kena tunggu PRU je la...
hehehehe

Aizat Shafiq said...

@izzat aziz

tu semua taktik je tu...
biasa la...
kita rakyat...
takde kuase pun...
huhuhu