December 31, 2010

Imbasan 2010 | Pencapaian dalam diri aku

Pejam celik. Pejam celik. Hari dah pun 31 December 2010. Cepat je masa berlalu. Dalam masa setahun ni. Macam-macam yang berlaku kan. Ade yang pahit. Ade yang manis. Tak kire la. Semua orang mesti ade kisah tersendiri dalam tahun 2010 ni kan. Hari terakhir kita berada dalam tahun 2010. Lepas ni tak jumpa lagi dah tahun 2010. 


Dalam tahun 2010 ni banyak kenangan bagi aku. Antara yang utama. Sebab aku sekarang ni dah pun menuju ke alam baru. Dalam masa setahun aku berubah daripada seorang pelajar kepada seorang yang sudah pun berkerjaya. Alhamdulillah. Aku tak sempat nak menganggur lama-lama. Sangat-sangat bersyukur. 

Dalam berblogging, pencapaian tahun ni merupakan pencapaian terbaik yang pernah aku dapat. Sejak aku bertukar daripada blog apieceofaword.blogspot.com kepada aizatshafiq.com banyak perubahan yang berlaku dalam penulisan blog aku ni. Antara pencapaian aku yang terbaik sepanjang aku berblogging :
  1. Pertama kali aku cashout duit Nuffnang. Setelah setahun aku bersama Nuffnang. Sejak cashout kali pertama. Dah dua kali aku cashout. Walaupun, tak seberapa. Tapi masih lagi memberi semangat kepada aku untuk berblogging.
  2. Pertama kali aku dapat Unique Viewer melebihi 1000++ orang dalam masa sehari. Kalau korang ingat boleh tengok kat ENTRY ni. Walaupun aku tahu, ramai lagi blogger yang dapat 1000++ dalam sehari. Tapi, bagi aku tu pencapaian terbaik aku untuk tahun ni.
  3. Followers aku meningkat. Kalau dulu. Aku susah nak dapat follower. Atau pun aku lebih gemar memanggil reader untuk blog ni. Sekarang, sehingga entry ni di taip, dah ade 638 follower. Thanks korang. 
  4. Pageview blog aku sekarang dah pun cecah 80,000++. Tak capai target. Sebab aku target nak capai 100,000 ++ pageview sebelum masuk tahun baru. Tapi aku masih lagi tak cukup 18,000. Mungkin tahun depan kot. Sape tahu kan? 
Banyak jugak yang berlaku dalam tahun 2010 ni. Tak kira la, sama ade aku dalam dunia blogging ni ataupun dalam dunia realiti. Macam-macam kenangan pahit manis yang berlaku dalam tahun ni. Dan tahun ni juga, banyak keinginan aku dah pun tercapai. Syukur alhamdulillah. 

Bila dah masuk tahun baru ni, mesti kita akan ade azam baru kan? So, nanti kita cerita pasal azam baru pulak. Korang punya kejayaan tahun 2010 macam mane pulak ye?


*Impian aku yang dah pun tercapai untuk tahun 2010. Alhamdulillah. =)

15 comments:

Nur Azila Ismail said...

hye aizat :)
tahniah tau utk semua pencapaian .
wah dah dapat beli kereta . dapat memudahkan pergerakan . :)

harap 2011 akan lebih sukses ye ! :)

iddinm said...

Tahniah KS...dapat juga cpi azam tahun 2010..Gd luck for 2011

Hasrol Nizam said...

sekejap je dah 2011.. blog aku pun ada la kemajuan sikit :D

Pendapat anda?
its officially hasrolnizam dot com

mr.syazwan said...

F
U
U
U
Y
O
O
O
hebat!

norhidayu said...

new car?
nice..
congrats syafiq.. :)

Monalea said...

selamat tahun baru

Muhammad Zulhaizer said...

waaaa.. hebat2.. tahniah untuk kamu.. erm.. pasal pageview tu tak pe.. next year sure tambah naik.. yang penting keep it up! brblog dengan ikhlas.. Hehe

Aizat Shafiq said...

@nur azila ismail

thanks....
insyaallah...tu la yang kita doakan...
=)

Aizat Shafiq said...

@iddinm

thanks bro...
gud luck for 2011 jugak...

Aizat Shafiq said...

@hasrol nizam

keep it up bro...
nanti mesti lagi hebat...
=)

Aizat Shafiq said...

@mr. syazwan

hahaha...biase2 je bro...
ramai yang lagi hebat...
=)

Aizat Shafiq said...

@norhidayu

hehehe...
thanks...
=)

Aizat Shafiq said...

@monalea

selamat tahun baru jugak...
=)

Aizat Shafiq said...

@muhammad zulhaizer

thanks...
pageview tu nak tengok sejauh mana orang bukak blog kita...
=)

Jinwei said...

Oh man, your blog is awesome, congrats to all your Pencapaian, wish one day can also be like your blog

Feel free to go to my blog
Blog|Artwork