December 4, 2010

Pengalaman di Monsoon Cup 2010

Dah dua hari aku tak update blog. Sebab sekarang ni aku punya line broadband dah kena block. Walaupun baru sebulan aku tak bayar. Hmmm. Sekarang ni memang Celcom cepat sangat block line. Aku update ni pun guna broadband kawan aku. Mungkin esok baru aku bayar aku punya broadband. 

Semalam aku ke bandar Kuala Terengganu. Macam korang tahu, sekarang ni tengah berlangsung pertandingan Kapal Layar Monsoon Cup kat Kuala Terengganu ni. Jadi kata mana-mana pun korang boleh tengok banner pasal monsoon cup ni. Ni kali kedua aku pergi Monsoon Cup. Last sekali aku pergi, time first dulu tahun 2005 kalau tak silap. Jadi semalam aku jejak kan kaki kat MarinaResort. tengok sendiri kemeriahan Monsoon Cup. Memang ramai, sebab hari semalam tak hujan. Jadi ramai la rakyat Terengganu yang turun kat situ.

Jom tengok antara koleksi gambar yang aku ambik. Tapi tak banyak la. Nak tengok lagi tekan Read More ye. =)




Antara kapal-kapal layar peserta. Sekarang ni diorang tengah test-test. Sebelum pertandingan bermula.

Speedboat. Memang laju. Diorang siap race-race lagi. Kalau nak tengok datang la ye. 

Ni gambar aku and the gang. Nampak tak topi putih tu? Tu topi aku dapat free. Kalau nak dapat jugak boleh la pergi situ ye. =)

*Aku masih kecewa sebab tak dapat pergi ke KLIMS. Sebab aku memang nak pergi sangat. Maybe next time. Tapi pergi Geneva Motorshow terus. Hahahaha.

**Jumpe jugak denga blogger Ratu Syahadah kat situ. =)

8 comments:

DaHLia said...

pernah gak g masa duk IPKT dlu...jejalan sambil tungu gi BTN masa tu

Aizat Shafiq said...

@dahlia

best jugak kan...
dulu kat IPKT ke?...
dekat la kite...hehehehe

Dauspozi said...

Bro org t'ganu ke?.. duk area mana?.. hoho

Aizat Shafiq said...

@dauspozi

sekarang kerja kat Terengganu..
dekat area Bstu Rakit...
=)

mr.syazwan said...

dia wat kal Terengganu

cube wat kat KL kan best mesti g..

(kl nak wat celah mana pulak kan??)

haha

Aizat Shafiq said...

@mr. Syazwan

asyik event besar2 wat kat KL...
tak syok la...
buat la kat negeri lain...
baru fair..
hehehehe

::wan fadhilah:: said...

tak berkesempatan nk g lagi.. huahua.. dop balik trgnu pn lgi..

Aizat Shafiq said...

@wan fadhilah

takpe2...
next year ade lagi...
hehehehe