January 14, 2011

Dua situasi yang sama, tapi berbeza

Selamat Pagi Jumaat semua. Hari ni kat Pantai Timur dah start weekend dah. Hehehe. So, hari ni tak keje la. Kali ni aku nak cerita 2 situasi berbeza tapi sama. 


Situasi 1 :

Terjadi dalam minggu lepas. Time tu aku tak ingat bila. Tapi time tu aku baru sampai kat satu kedai makan. Seingat aku la makan malam. Kebetulan kat situ ade seorang pak cik ni. Dia ni 'istimewa' sikit. Aku rasa korang faham kan ape maksud 'istimewa' ni. 

Jadi pak cik ni datang la jenguk-jenguk kat kedai tu. Ape yang aku kagum dengan tuan kedai tu. Dia bagi pak cik sebungkus nasi. Nasi Kukus. Memang cukup murah hati tuan kedai tu.

Situasi 2 :

Pagi ni. Aku pegi breakfast kat satu kedai ni. Situasinya sama. Ade sorang jugak pak cik yang 'istimewa' ni. Datang kat kedai tu. Tapi ape yang aku cukup tak respect kat tuan kedai tu, dia halau pak cik tu. Dengan nada suara yang agak kasar. Sampaikan semua customer kat kedai tu terkejut tengok. 

Tu la 2 situasi yang aku jumpa. Sama tapi tak serupa. 2 tuan kedai yang berbeza. 2 attitude yang berbeza. Tapi satu situasi yang sama. Orang selalu cakap yang mereka yang istimewa ni di jamin syurganya. Walaupun di dunia ni macam tu. Tapi di akhirat kelak dia adalah seseorang yang istimewa. 

Sekadar berkongsi pendapat aku.

4 comments:

aQi + GenGkey said...

kui3!!
x sume org berhati mulia..
x sume org berfikiran yG same..
hehe..:D

Aizat Shafiq said...

@aqi + gengkey

betul tu...
rambut je same hitam...
tapi hati sume lain-lain...
=)

Mohamad Izwan said...

dunia oh dunia.. tak semua prihatin.. kena cuba letakkan diri di tempat mereka...

Aizat Shafiq said...

@mohamad izwan

tu la...
rambut je same hitam...
hati lain2...