January 15, 2011

Review Filem : Khurafat

Baru balik dari Mesra Mall , Kerteh. Jalan-jalan. Kebetulan ade hal kejap kat Dungun. Jadi terus la ke Kerteh. Layan movie terbaru terbitan Shamsul Yusof, Khurafat.


So. Lepas tengok poster. Jom kita tengok pulak trailer Filem Khurafat ni.



Semua korang dah tengok sekarang aku nak bagi komen aku pasal cerita tebaru yang bermain kat pawagam ni. Secara keseluruhan aku bagi 4/10. Agak rendah jugak untuk rating cerita ni. Mungkin sebab ni baru first time kot, Shamsul Yusof buat cerita seram. Sebab aku tak berape nak suka cerita ni pasal aku tak faham jalan cerita ni. Sebab dari mula sampai la akhir, jalan cerita yang tak tersusun. Lepas tu, tak tau filem ni cerita pasal ape. Bercampur-campur.

Salah satu adegan dalam filem Khurafat.

Kalau bab seram, memang aku respect. Memang terkejut habis. Kalau korang, ade penyakit lemah jantung aku rase korang tak payah la gi tengok. Jap gi tak pasal-pasal tercabut jantung korang. Hehehe. Tapi kalau part lain, aku rase memang tak best. Sebab jalan cerita yang ade banyak sangat klimaks. Tak tahu mane ending sebenar. Last-last bukan happy ending. Sad ending.

Tu semua komen aku. Kalau korang yang dah tengok ape pulak komen korang?


**Tadi aku tengok movie tu tak syok. Sebab ramai budak-budak kecik yang dibawa oleh ibu bapa. Aku rase tak patut la, Ganggu orang lain nak tengok movie. Sebab budak-budak tu buat bising. Hmmm.

8 comments:

Anip said...

aku baru je nk tgk cite nie

rockinsudu said...

mesti dak2 tu jerit2 kan?
bukan ke ade had umur tuk tgk muvee seram?

aQi + GenGkey said...

cite ni cam pndek je..
tp plik gak cane dak bwh umo ley msuk tgk cite ni..
bukn kategori 18PG ka..

Aizat Shafiq said...

@anip

tu sekadar pendapat aku je...
try la gi tengok...
mane tau ade pendapat lain pulak...
=)

Aizat Shafiq said...

@rockinsudu

tak la...
siap2 gelak-gelak lagi..
rasenye budak2 tu tak tengok kot...

tu la pasal...pasal had umur nak masuk movie...rase macam kena kaji balik...hmmm

Aizat Shafiq said...

@aqi + gengkey

tu la...
maybe panggung tu buat tak tahu je kot...
huhuhuhu

Len Bkn Nama Sebenar said...

sangat setuju! kalu tolak scene seram memang kosong je crita tu.. skrip mengarut n membosankan.. jalan crita pun tah pape.. kejap dh mati bangun plak dr mimpi.. 2 kali lak tu.. isk2

Hati Batu said...

Dengar cite org ckp cerita ni best!! hehe baru lepas download...x sempat lagi nak tengok..huhu

Free Download Filem Khurafat