January 7, 2011

Walaupun hanya 50 sen, Aku rasa tak patut la.

Kadang-kadang tu ade jugak orang yang suka ambik kesempatan kat orang lain kan. Walaupun kita tahu yang sekarang ni dalam keadaan yang tak sepatutnya.

Ni bukan la salah satu sebab untuk aku complain. Tapi aku agak hairan la. Sebab ape ade orang yang suka ambik kesempatan ke atas orang lain. Terjadi kat aku petang tadi. Macam korang tahu, kat Kuala Terengganu ni takde la shopping mall sangat. Melainkan Mydin Mall dan juga Giant. Tu je la yang boleh dikatakan agak besar dan murah. Aku pegi la kat satu shooping complex. (Boleh panggil shopping complex ke?) 

So, macam korang tahu, sekarang ni musim hujan kat area pantai timur. Jadi boleh kata majoriti la yang pakai sweater. Tak pun jacket. Jadi tadi aku nak masuk la kat shopping complex ni. Tup..Tup. Kena tahan kat pak guard complex tu. 

Pak Guard : Bang, tak boleh pakai jacket kat sini.
Aku : Ye ke.
Pak Guard : Boleh letak kat depan tu ye. 

(aku pun tanggalkan la jacket tu, pastu terus nak gi kaunter kat depan. tempat simpan barang)

Aku : Bang, nak simpan barang ni.
Pak Guard : Tinggal barang kena bayar 50 sen.
Aku : Kena bayar 50 sen? 
Pak Guard : A'a. 
Aku : Apehal pulak?

Last-last pak guard tu tak jawab dah. Aku memang bengang jugak tadi. Ye la kan. Sebelum ni memang tak payah bayar pun. Aku pun dah kena situasi yang same. Tapi tu 2,3 minggu lepas. Time tu tak pulak kena bayar. Tapi bila dah masuk musim hujan ni, yang mane ramai orang pakai sweater kene pulak bayar 50 sen? Pecite pulak kan? 

Bukan la aku cakap aku ni tak mampu nak bayar dan bukan sebab aku berkira. Tapi macam tak patut sangat. Sebab aku rasa kalau masuk Mydin ke, Giant ke, TESCO ke, takde nak charge 50 sen ni. NI kompleks kecik macam tu pun nak charge 50 sen. Lagipun aku masuk dalam complex tu just nak pusing-pusing tengok je. Bukan nak pegi curi barang pun. Aku pun blah  la dari situ. Takde kepentingan pun aku nak masuk complex yang nak tindas orang lain pulak kan.


Aku rase kalau orang Terengganu mesti kenal kat kompleks ni kan? Kalau tak percaya korang try la pegi. =)

14 comments:

missbby said...

la siannya..kena bayar pulak..mesti kompleks tu nak amik kesempatan kan..salah pakcik guard ke kompleks ek?

Ery Farieha said...

erk?!
tu pun tinggal 50 sen?
=.="

::wan fadhilah:: said...

hah? itu pun nak kna bayar jugak ke? ntah2 pak guard tu saje je kot..

Aizat Shafiq said...

@missbby

tu la pasal...
rasenye bukan pak cik guard tu...
kompleks tu yang salah...saje je nak kaut untung lebih...
huhuhu

Aizat Shafiq said...

@ery farieha

tinggal barang kena bayar 50 sen...
shopping complex mane yang buat rule macam tu?...rasenye complex ni je kot...

Aizat Shafiq said...

@wan fadhilah

rasenye tak...
memang kompleks tu nak kaut untung lebih...
hmmmmm...

Izzat Aziz said...

Tak pernah lagi masuk shopping complex tak boleh pakai jacket.. fishy je benda ni..haha

MOHDFAIRUZcheghani said...

astakar tu...hahaha..kne byor eh??nk tera esok..

Dauspozi said...

LOLZ.. Astaka wat gitu ke bro?.. bongok betul.. Patut la time raya aritu sunyi je.. Sume org gi Hock Kee Seng...

Nordin said...

tu ok lagi.. saya penah kena cas lagi mahal, rm1.. =,.=

Blog saya|Klik sini

Aizat Shafiq said...

@izzat aziz

tu la pasal...
kompleks tu je kot yang pelik...
nak cekik darah...

Aizat Shafiq said...

@mohdfairuzcheghani

hahaha...
try la...baru tau macam mane...
hock kee seng the best kot...
tapi best lagi mydin dengan giant...hehehehe

Aizat Shafiq said...

@dauspozi

tu la pasal...
tak tau ape pasal buat macam tu...
sampai tinggal barang pun kena bayar...
ish3...

Aizat Shafiq said...

@nordin

ye ke?!
kat mane tu?....