February 15, 2012

Malware dalam blog aku. | Solved

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masalah Malware? Biasa la tu. Sampai blog aku pun dah kena berjangkit dengan Malware. Aku pun cuba la cari sumber yang menyebabkan blog aku kena malware. Dari semalam. Tak jumpa jugak. Sampai kan ada seorang pengunjung blog aku Affan Ruslan tegur yang blog aku ada malware.


Tapi memang betul la. Sebabnya, ada gambar dalam blog aku yang dihoskan oleh photo.blogpressapp.com. Mana la aku nak jumpa kan? Banyak kot gambr dalam blog aku. Kalau setakat 2,3 keping tu ok lagi. So, hari ni teruskan mencari. 

Dan hasilnya, aku berjaya hilangkan malware dalam blog aku. Sumber utama, sebab aku update blog guna iPad apps, blogpress melalui iPad. Jadi gambar-gambar yang diupload melalui blogpress apps tu yang menyebabkan malware kat blog aku. Actually bukan malware pada blog. Tapi blogpressapp.com tu sendiri. Sebab Google cakap yang web blogpressapp ni memang web yang selalu sebarkan malware.

So, kena lah berhati-hati. Maklum la, bila dah ade virus ni. Macam-macam. Menyusahkan. 

2 comments:

Cikgu Hairul said...

Nasib baik jumpa sumber virus tu.mkalau tak mau menanges..

Aizat Shafiq said...

@cikgu hairul

tu la pasal...
nasib baik jumpe...kalau tak..takde la orang berani nak jenguk blog ni nanti...
hehehe