March 9, 2012

Dhia al-Essa | Miliki lebih 30 buah Supercars pada usia 21 tahun

Salam Jumaat semua.

Apa perasaan anda kalau anda memiliki Supercars terhebat dunia, sedangkan anda baru sahaja berusia 21 tahun? Tapi tu lah yang menjadi kenyataan kepada Dhia Al-Essa yang memiliki koleksi supercars yang melebihi 30 buah. Dengan no plat je pun dah mencecah $153 000. Sebelum ni aku pun tak kenal siapa sebenarnya Dhia al-Essa ni. Tapi sekarang ni kecoh sebab tiba-tiba nama Dhia al-Essa ni naik sebab dia ni sanggup bayar lebih sebanyak $71 000 semata-mata nak potong queue untuk mendapatkan Lamborghini Aventador yang mana mengambil masa lebih kurang 18 bulan kalau nak beli. Kira setahun lebih la nak menunggu. Alasan dia sebab nak menjadi orang pertama dekat Arab Saudi nak pakai kereta tu.


Tapi tak mustahil la, sebab Dhia al-Essa ni memang anak jutawan di Arab Saudi, Mohamed al-Essa. Jadi tak mustahil la untuk anak seorang jutawan di Arab Saudi nak pakai kereta macam ni. Kalau hasil usaha dia sendiri mungkin bleh dihairankan la kot.

Dhia memegang plate no plate yang digunakan untuk semua keretanya
Bukan setakat tu sahaja, Dhia turut memiliki koleksi Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce, Koenigsegg, Mc Laren SLR, BMW, Porsche dan banyak lagi la. Kalau korang nak tengok full list kereta yang Dhia ni miliki boleh la click SINI.

Ferrari 599 GTO

Mercedes SLS

P/S : Bila dah kaya terlalu kaya, bila miskin terlalu miskin kan?.

4 comments:

aku HaniAsyira said...

haah.. betul2.. bnyak2 keje mewah watpe la.. ish2.. haha

Aizat Shafiq said...

@akuHaniAsyira

Tu la dikatakan duit menimbun macam gunung...
Sampai tak tau nak buat ape dah...
Huhuhu

Hanie Dew said...

Ni mmg kilang duit la kot bpak dia.

Beruntungla rezeki melimpah limpah Allah bagi.

Aizat Shafiq said...

@Hanie Dew

Hahaha..yel kot...
Kalau tak mane mampu nak pakai kete macam nie...
Betul tak?.. ;)