March 12, 2012

Lee Chong Wei cedera | All England 2012

Semalam aku tunggu sampai pukul 1 pagi semata-mata untuk tengok final All England antara Lin Dan dengan jaguh negara kita Datuk Lee Chong Wei. Apa-apa pun, seperti yang diwar-warkan oleh pengulas sukan ketika itu, Lee Chong Wei mengalami kecederaan di bahu kanannya. Kalau orang tengok time tu pun, nampak sangat yang bahu Lee Chong Wei tu berbalut. Siap kena spray pain killer kat bahu dia.


Walaupun cedera, Lee Chong Wei tetap bagi saingan dekat Lin Dan pada set pertama. Walaupun tewas 19-21. Disebabkan kecederaan yang dialami, Lee Chong Wei akhirnya menarik diri pada set kedua. Secara tak langsung bagi kemenangan kepada Lin Dan untuk gelaran All England kali ke-5 beliau.

Apa-apa pun, aku salute jugak la kat Lee Chong Wei ni. Sebabnya, dia tak lah mengecewakan penonton sangat. Sebab still turun untuk beraksi walaupun untuk satu set je. Kira sape-sape yng pergi tengok ataupun tunggu dekat rumah still boleh tengok dia beraksi. Cuma, mungkin kecederaan yang dialami olehnya yang mengekang beliau dari meneruskan permainan.

P/S : Harapnya Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan sekali lagi di Sukan Olimpik London 2012.

2 comments:

.fariizza. said...

kesian dia. lawan waktu semifinal pon nampak macam dia tak berapa okay..

Aizat Shafiq said...

@fariiza

betul tu...
kesian jugak..
tapi at least dia takde la mengecewakan penonton nak tengok aksi dia kan..walaupun satu set je... :)