March 11, 2012

Tergelak bila tengok rancangan Ujibakat Mentor 6

Hahaha. Nak tergelak bila tengok rancangan audition untuk Mentor 6 ni. Aku rasa korang pun tengok rancangan ni. Hahaha. Aku gelak sekali lagi.Sebabnya aku taip entry ni sambil tengok rancangan tu.


Mentor malam ni, Ella,Adam,Ramlah Ram. Macam-macam gelagat yang korang boleh tengok kan. Kadang-kadang tu aku pun fikir balik. Diorang ni berani jugak berdepan dengan kamera sambil buat aksi-aksi yang kadang-kadang tu aku tak boleh nak terbayang dek akal. Hehehe.

Ada yang buat silat terapung, ada jugak yang menyanyi macam menyanyi dalam toilet, ade jugak yang gamble-gamble masuk dalam audition mentor ni. Dan ada jugak masuk Mentor ni untuk tunaikan cita-cita.

Tapi yang paling best bila tengok Mentor Ramlah Ram kena gertak kat sorang peserta ujibakat ni. Bukan main lagi. Siap PR dia pun macam nak cari pasal dengan dia kan. Nak cerita lebih-lebih aku bukannya ada kat situ. Tapi boleh tengok la reaksi peserta ni yang macam marah sangat.

Salah seorang daripada 3 sekawan
Terharu bila tengok 3 sekawan yang buta datang untuk ujibakat Ramlah Ram. Yang sedih bila, salah seorang dari mereka di beri peluang untuk pegang Ramlah Ram. Walaupun tak pernah tengok siapa Ramlah Ram ni, tapi diorang tetap meminati Ramlah Ram.

Tu la kelebihan Mentor ujibakat. Kadang-kadang tu macam Raja Lawak. Kadang-kadang tu macam Bersamamu. Kadang-kadang macam Akademi Fantasia. Tapi time ujibakat je la. Hehehe.


P/S : Boleh tengok berapa ramai yang nak cuba menjadi artis. Walaupun mereka ni tiada bakat. :)

6 comments:

aku HaniAsyira said...

tengok2.. adoi... kelaka sgt lah... mcm mana lah dia orang boleh perasan diri tak boleh nyanyi kan..

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

tu la..
tapi yang penting diorang ni berani menonjolkan keyakinan diri berdean dengan kamera...
bukan senang tu...
;)

aku HaniAsyira said...

betul lah keyakinan itu penting..

"testing suara kat sino" :p

faradiyana mutussin said...

farah xtgk pun..syok tgk prtndingn badminton All England..=(

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

yup...kalau takde keyakinan macam mane nak berdepan dengan kamera...
;)

Aizat Shafiq said...

@Faradiyana

laaa...ye ke..
tengok jugak semalam tapi time men's double dengan single je...

;)