March 12, 2012

Ular Oh Ular | Melintas depan aku

Apa perasaan korang bila terserempak dengan seekor binatang yang dinamakan Ular? Terserempak bukan dalam akuarium kaca. Tapi teserempak dengan si Ular ni di luar dari akuarium kaca. So, tu la yang aku jumpa tengah hari tadi. 


Cuba korang bayangkan, Ular tu bebas bergerak. Kalau nak kejar aku boleh je tadi. Tapi dah jadi sifat semulajadi Ular, biasanya ia akan lari bila terserempak dengan manusia. Jadi ular ni tak la kejar aku. Cuak jugak rasa. Ular jenis apa aku tak tau. Tapi aku rasa macam Ular Tikus. Tapi entahla. Aku pun tak boleh nak cakap ape jenis ular ni.

So, korang kena la berhati-hati. Walaupun duduk kat rumah. Pertembungan dengan binatang-binatang berbisa ni susah nak lari. Kadang-kadang tu kita pun tak sangka yang kita nak terserempak dengan binatang-binatang berbisa macam ni. So, berhati-hati la ye. Walaupun dekat halaman rumah. Especially, bila pergi ke tempat-tempat yang berpotensi jadi tempat lepak binatang-binatang macam ni. Macam kawasan lembap.



7 comments:

aku HaniAsyira said...

fuhhh,, selamat dia lari jugak kan.. kalau dua2 xlari cmna??

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

haaa...
tu la pasal...kalau tak lari tadi...
masing-masing main tenung-tenung mata laaa... :P

hani said...

tu ko nak kawen la tu... cewah!

Aizat Shafiq said...

@Hani

kawen?...
bukan ke kalau mimpi ular baru la nak kawen..
tapi kalau terserempak depan-depan ni lain macam jeee... :p

H.S said...

uish bahaya!

Er takut pulak rasa nak main-main kat luar. ohh tidakk

Aizat Shafiq said...

@H.S

tu la pasal...
nasib baik ular tu pun melarikan diri..kalau ular tu kejar camne la agaknyeee...huhuhu

Ahmad Syahin said...

lari lah kalah usain bolt