April 6, 2012

Car Boot Sale lagi

Hari ini hari Jumaat. So, hari ni aku pergi ke Car Boot Sale lagi. Macam yang aku tulis dalam entry Car Boot Sale yang lepas, kalau korang masih ingat, tu first time aku pergi Car Boot Sale tu. Tapi time tu tak la beli apa-apa sebab aku saja datang nak tengok. Tambahan pula time tu cuaca agak panas, jadi tak meriah sangat la.


Kali ni meriah sikit. Sebab hari ni mendung dan sesuai untuk keluar.  Kalau panas sangat tak elok. Boleh membahayakan kesihatan la pulak. Ingat lagi tak 10 tips menghadapi hari panas ?

So, tadi time jenguk-jenguk dekat gerai-gerai tu aku berkenan la pulak dengan beg kamera. Sebab kamera Olympus TG-310 aku tu takde beg lagi. Sebab hari tu tak bagi beg. So, ingt nak cari beg kat tempat lain la. Tapi tak jumpa. Kebetulan time pusing-pusing tadi jumpa la pulak beg ni. Apa lagi, angkat la satu. Tak mahal pun RM 8 je. Kalau beli beg baru pun RM 50. Mahal jugak tu. 


Amacam ? Berbaloi tak ? Brand Nikon tu. Beg tu pn nampak ok. Aku rasa Nikon ori la kot. Lagi satu tuan yang jual cakap, ni beg kamera dia, tapi kamera tu hilang dah. Jadi nak jual je la beg ni sebab tak guna dah. Ok jugak la. Boleh letak kamera aku. Saiz beg pun memang padan. Hehehe.

2 comments:

♥ wawawawa ♥ said...

camera sy pun hilangm =(

Aizat Shafiq said...

@wawawawa

ye ke?..
hilang kat mane?...
hurmm..dah takde rezeki la tu...huhuhu