April 6, 2012

Gas Petronas | 1-300-888-427

Tadi lepas balik dari Masjid lepas tunaikan solat Jumaat aku ternampak iklan kat bawah ni. Perkhidmatan terbaru daripada Petronas. Penghantaran Gas Petronas dari rumah ke rumah. Wah. Sekarang Petronas dah buka lagi satu perkhidmatan untuk orang ramai. Jadi lepas ni kalau gas kat rumah dah habis boleh la order terus dari Petronas gas.


Antara kelebihan bila beli gas dengan Petronas adalah seperti kat bawah ni. Kalau dulu, isi minyak dan beli barang dekat Stesen Minyak Petronas je boleh dapat Mesra Point. Tapi sekarang bila beli Gas dari Gas Petronas ni pun dapat Mesra Point. Cuma dial  1-300-888-427.

Area coverage untuk service ni pun meluas. Hampir di semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia. Jadi kalau anda tinggal dekat bandar, rasanya mungkin akan dapat perkhidmatan ni nanti. 



Selain tu, pemeriksaan keselamatan untuk gas kat rumah kita. Takut ada bocor ke, apa ke, so nanti diorang boleh tolong check kan la. Sebab orang-orang yang hantar gas ke rumah ni semua terlatih dan tahu pasal selok-belok gas kat rumah.


Tapi yang menjadi persoalan aku sekarang, berapa harga yang bakal dijual kat kita nanti? Sebab sekarang kalau aku beli gas kat kedai runcit sebelah rumah pun dah RM30. Tapi bila dah ada extra services macam ni berapa la pulak yang diorang akan charge nanti ek?

P/S : Dah macam delivery Pizza la pulak kan? :p

4 comments:

Mizz ErMa said...

delivery pizza? hik3, lebih kurang la kot..=P tapi, kalo sume pakat2 order dgn petronas, kang sapa pulak yg nk habiskan stok kat kedai runcit? hm..masalah jgk nie..hehe

Aizat Shafiq said...

@Mizz erma

hahaha..
nampak gayanya kedai runcit kena bersaing dengan Petronas Gas la tu..
tapi rasanya gas kat kedai runcit lagi practical..betul tak?

♥ wawawawa ♥ said...

sy blaja kat sabah nie, die boleh anta p sabah x? haha

Aizat Shafiq said...

@wawawawa

hahaha..tu kene tanye dengan Petronas tu...
mane tau kot2 boleh buat special delivery pakai helicopter ke... :p