April 1, 2012

My new Olympus TG-310

Aku rasa macam tak puas bila naik ke pelantar minyak bila dapat tengok macam-macam view kat laut sana. Nak bawak Nikon D90 aku ni macam besar sangat. Lagipun for safety reason baik tak payah bawak, nanti tak pasal-pasal kalau hilang ke, satu hal la pulak kan. So, aku dah decide nak cari satu lagi kamera yang aku rasa boleh la nanti ambik view yang cantik-cantik kat atas sana untuk dishare dengan korang readers untuk blog ni.

Jadi, lepas survey punya survey, aku dpun decide la nak ambik Olympus Tough series, TG-310. Spec paling rendah untuk tough series.


Yang bestnya, kamera ni boleh masuk air tak lebih 3m. Jatuh tak lebih 1.5m. Dah nama Tough series, memang boleh guna lasak la. Sebab tu aku ambik kamera ni, sebab bila dah kena air masin, boleh cuci,rendam dalam air. Tapi kalau dslr aku tu, takkan la nak rendam dalam air pulak kan? Hahaha.


So, lepas ni boleh la aku share dengan korang apa yang aku tengok kat offshore nanti. Sebab last two trips, aku dah tengok ikan lumba-lumba in real environment. Hari tu jugak aku tengok ikan yu bermain-main dekat area platform. Best kan kalau boleh share dengan korang. Maybe next time. :)

P/S : Hari tu dah tengok ikan lumba-lumba dengan ikan yu, harapnya kali ni boleh la tengok ikan duyung pulak. :p

6 comments:

Faizal Pejay said...

untung le keja offshore

Aizat Shafiq said...

@faizal

alhamdulillah..rezeki.. :)

Liza_Liz said...

wah..comel..t kem salam kat duyung ye...haha ^^

aku HaniAsyira said...

eh2.. balik dah ei.. share2 ah gmbr tu nnti.. =)

Aizat Shafiq said...

@Liza

insyaallah..
Harap-harap jumpe la yeee...hehehe

Aizat Shafiq said...

@aku HaniAsyirs

Dah balik 3hari dah... ;)
Insyaallah..nanti-nanti la yeee..