April 6, 2012

Taubat Penghapus Dosa


Alhamdulillah. Semalam hujan dengan lebatnya. Tu lah yang dikatakan anugerah tuhan. Maklum lah, dah seminggu ni panas je. Kering. Sampaikan duduk dalam rumah pun berpeluh-peluh walaupun dah bukak kipas sampai 3. 


Tapi bila masuk hari Jumaat je, di anugerahkan dengan hujan membasahi bumi. So, untuk hari Jumaat hari ni mendung je. Sejuk.  Tak panas macam hari-hari sebelum ni. Tu lah kehebatan kekuasaan Allah s.w.t. Cuma kita ni kadang-kadang masih leka dan alpa dalam mengerjakan apa yang disuruhnya kan. Hurmm. Aku pun macam tu jugak. Kita sebagai hamba ni kadang-kadang sering kali melanggar perintahNya. 


Firman Allah s.w.t

 "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar."
(At-Tahrim: 8.)


"Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Az-Zumar: 53)


Sekadar berkongsi mengingatkan diri aku sendiri.

2 comments:

aku HaniAsyira said...

alhamdulillah hujan jugak.. =)

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

syukur alhamdulillah..
:)