April 7, 2012

Traffic 2,253 dalam sehari?


Traffic 2,253 dalam sehari? 

Tapi tu dulu la. Dalam tahun 2010. Bila aku dah stop blogging pertengahan tahun lepas mungkin akan ambik masa yang lama untuk mencapai prestasi dulu. Jadi kena la merangkak balik dari bawah. Kalau dulu, aku ni memang seorang yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan sebab time tu tak kerja lagi. Jadi dengan blogging jugak lah aku cuba untuk jana pendapatan sampingan selain tambah kenalan dalam dunia blog.

Masih ingat ketika itu, ramai blogger-blogger yang baru nak menjinakkan diri macam Yuyu Zulaikha. Masa tu kalau tak silap aku Yuyu baru nak menjinakkan diri dalam dunia blog. Tapi sekarang populariti Yuyu Zulaikha pun dah meningkat. Korang sendiri pun tahu kan? 

Tapi tak kurang jugak blogger yang dulunya aktif, sekarang dah kurang aktif. Kalau korang pernah singgah kat blog Ery Farieha mungkin korang tau yang dia ni aktif dulu. Ajwin Ajeera, dah lama jugak menyepi, tapi sekarang baru nak kembali ke dunia blogging. Silalah jenguk-jenguk ya. Tak kurang jugak Zack Zuhairi yang followers nya hampir 25k orang. Tapi dah lama jugak tak update.

Mungkin masing-masing dah sibuk dengan tugas masing-masing. Aku pun dulu sejak dah masuk kerja tak punya masa untuk update blog. Tapi sekarang aku akan cuba pastikan blog aku berupdate setiap kali aku ada di darat. Susah sebenarnya nak tinggalkan dunia blogging ni. Tambahan pulak semakin hari semakin ramai yang menjadi bloggers. Jadi semakin lama semakin ramai kawan yang bertambah. 

Cheers. Keep blogging guys !

2 comments:

aku HaniAsyira said...

cuba yg terbaik yea.. =)

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

thanks... :)