May 30, 2012

Manusia ni tak reti beralah !

Aku tak faham ada jugak jenis manusia yang tak langsung tak boleh nak beralah dengan orang lain. Ni kes yang terjadi pagi tadi. Kesnya berebut parking. Aku yang nak keluar parking. Yang berebutnya dua orang yang masuk parking. Satu tu memang deserve dapat parking tu dan satu lagi memang tak deserve dapat parking tu. Sebabnya dia dah terlepas parking tu. Tapi sanggup reverse dan block kereta aku sebab nak suruh orang kat belakang tu reverse bagi peluang kat dia nak masuk parking.


Agak-agak la bro.

Dah tak ada rezeki tu lepas je la. Ni tak pasal-pasal macam nak gaduh pulak kat situ. Yang tak dapat keluar parkingnya aku. Stuck kat parking sebab satu mamat yang tak reti nak beralah. Hurmmm.

Last ada la seorang mamat ni dengan bangga katakan macam ni,

" Bro, boleh keluar tak dari parking ni, ni parking saya ! "

Ok. Aku memang tak perasan. Yang parking tu memang ada plate number kat situ. Tapi aku tak tau la yang memang betul dia punya parking. Sebab aku ada jugak usha-usha keliling kot-kot dia tengah tunggu parking. Tapi tak nampak pun plate ataupun aku yang tak perasan. Apa-apa pun, kereta yang sepatutnya deserve parking tu beralah. Yang sombong dengan berlagak tu tetap nak masuk. Dan aku pun tak tau sama ada bro yang handsome smart tu bagi ke tak. Sebab sebelum tu dia dah cakap yang parking tu dia yang punya. Sebab lepas tu aku dah blah. Malas nak kecoh-kecoh hanya sebab satu lot parking. Hummm..

2 comments:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

mnusia mmg suka sgt berebut parking..tambah2 kt supemarket yg pnuh parking...huhu

Aizat Shafiq said...

@kaisara

tu la pasal..
kadang-kadang menyampah pun ade...grrrr