May 24, 2012

Offdays AGAIN !


Alhamdulillah.

Selamat jugak sampai kat rumah aku. Walaupun hari ni ada dua-tiga kali kejadian yang boleh dikatakan near miss nak menyebabkan aku kemalangan. Yang mungkin disebabkan aku sendiri yang tergesa-gesa dan mungkin juga disebabkan keadaan lalu lintas yang agak sibuk hari ni. Maklum la, dekat negeri pantai timur dah start cuti sekolah dah. Sebab tu ramai orang dah berpusu-pusu balik ke rumah, ke kampung. Tu yang macam traffic busy sikit.

Apa-apa pun, alhamdulillah. Sebab aku dah pun selamat sampai ke rumah. Banyak jugak plan minggu ni. Kalau tak ada pape insyaallah aku akan ke Kuala Lumpur Sabtu ni. Mana tau kot-kot boleh jumpa sape-sape yang ade kat Kuala Lumpur time tu. Best jugak kan? 

P/S : Gambar kat atas tu aku ambik trip kali ni. Time MV Setia Teguh nak datang kat platform.

2 comments:

aku HaniAsyira said...

selamat cuti2 malaysia..

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

Tq.. ;)