June 5, 2012

EURO 2012 | Aku pilih Germany dan Netherlands

Tinggal lagi 3 hari sebelum sepak mula EURO 2012 diantara Poland dan Greece pada 8th June 2012 ni pada pukul 11.55 malam. Memang kalau kejohanan bola sepak ni mesti tengah-tengah malam. Maklum la, buat dekat negara Eropah. Terpaksa la ikut time diorang kan.

Bila dah start EURO 2012 ni korang mesti ada pasukan pilihan masing-masing kan? So, apa pasukan pilihan korang? Untuk aku memang dari dulu dah setia dengan pasukan Germany. Time World Cup 2010 dekat South Africa dulu dah kecewa sangat-sangat. Walaupun masuk semi final. Tapi tak menang-menang. EURO 2008 pulak kalah dengan Spain time final lagi la kecewa.

Untuk EURO 2012 kali ni aku tetap setia dengan Germany. Sebab player time ni aku rasa boleh bawak diorang menang untuk EURO kali ni. Mungkin jugak sebab ramai player yang semakin meningkat naik. Macam Thomas Muller, Manuel Neuer, Mesut Ozil dan Sami Khedira. Tak kurang jugak pemain-pemain senior macam Philip Lahm, Lukasz Podolski dan jugak Miroslave Klose. Mungkin sebab tu aku yakin diorang bakal perform untuk EURO kali ni.


Satu lagi team yang aku sokong untu EURO kali ni Netherlands ataupun Belanda. Sebab top performance untuk setiap player diorang. Tak mustahil untuk diorang menang dalam EURO 2012 kali ni. Ye la kan, takkan korang tak kenal player Belanda yang penuh dengan individual skills macam Wesley Sneijder dan Arjen Robben. Tak kurang jugak dengan player lain macam Robin Van Persie, Dirk Kuyt, Ibrahim Afellay, Nigel De Jong. Lagipun, diorang ni mesti nak tebus kekalahan diorang time World Cup 2010 dengan Spain.


Pasukan pilihan korang pulak macam mana? 

2 comments:

aku HaniAsyira said...

germany.. tiba2..

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

hahaha..
same la kite... :p