June 5, 2012

Hantaran Kahwin berdasarkan taraf akademik

Dah tiga hari tak ada entry. Baru malam ni nak menaip balik. Semalam, aku hantar mak aku tolong jiran lama dekat rumah lama. Kebetulan time tu, diorang nak decide wang hantaran untuk majlis perkahwinan diorang. Kira perbincangan untuk melaksanakan masjid la ni. Nak kata diorang ni baru kenal, sangat-sangat baru. Baru 2 kali berjumpa dan dah pun decide nak kahwin. Mungkin dah jodoh diorang kot.

Tapi kan, aku terkejut dengan apa yang mak aku cakap. Yang pasangan perempuan tu dah letak harga wang hantaran RM 10,000. CASH. Harga cincin lain pulak. Nak yang harga RM 3,000. Wow. Boleh tahan jugak kan kalau nak kahwin ni. Memang banyak jugak nak pakai duit. Tu tak masuk untuk majlis lagi tu. Mungkin ada betul jugak dengan info yang disebarkan dekat FB ni kan.


Sekarang ni taraf akademik dah pun dijadikan kayu ukur untuk seseorang itu. Jadi sekarang ni senang. Bila dah ada degree RM 10,000. Tapi bukan aku maksudkan semua. Sebab mungkin ada jugak yang berbincang. Dan mungkin tak sampai banyak tu. 

Aku ada baca dalam buku yang dikeluarkan oleh Consumer Association Penang, The Money Books yang mengatakan perkahwinan ni satu perbelanjaan yang besar. Dan bukan berfikir akan kesannya di kemudian hari. Mungkin akan berhutang sana-sini. Yang penting terpulang kepada kemampuan masing-masing. 


Mungkin nampak macam cara aku ni kedekut. Dan ada juga orang cakap yang perkahwinan ni sekali seumur hidup. Tapi bagi aku, cuba kita fikirkan balik untuk sehari kita merasa kemewahan ataupun untuk sepanjang hayat kita? Sebab hutang ni sangat membebankan. Walaupun kita cuba lari dari berhutang tapi kit tetapi perlu berhutang. Betul tak? Apa-apa pun, jodoh tu ketentuan tuhan. Kalau memang dah jodoh kita bersama pasangan, semua yang susah akan jadi mudah.  ^.^

P/S : Pendapat aku. Korang pulak macam mana?

4 comments:

aku HaniAsyira said...

hmm,, kadang2 family yg lebih2 kot..

Aizat Shafiq said...

@HaniAsyira

Maybe tu salah satu faktornya..
sebab kebiasaanya ada family yang pentingkan adat..betul tak?

Faziera193 said...

siapa yang tak impikan perkahwinan yg indah2..tapi ukur baju sendiri, kalau tak mampu, buat ala kadar je..

drpd membazir utk sehari tu, baik beli umah..aset tu..

Aizat Shafiq said...

@Faziera193

that's right..
tapi kadang-kadang tu family nakkan kita lebihkan adat...tu yang jadi dilemma tuuu.. :p