July 17, 2012

Sesuatu yang tak patut dibanggakan

Budaya kita kat Malaysia ni dah dipengaruhi dengan budaya barat? Ataupun gaya hidup Islamic atau yang berlandaskan agama bukan lagi menjadi salah satu panduan hidup. Sedangkan agama Islam tu sendiri di gelar ad-din. Ataupun cara hidup. 

Cuma aku hairan, sebab sekarang ni aku tengok gaya hidup masyarakat Islam di negara kita ni hanya sekadar nama. Walaupun pada hakikatnya, tidak mengamalkan rukun Islam yang lima. Mungkin ini lah yang dikatakan dekatnya kita dengan Hari Kiamat. Seperti mana yang telah dijanjikan kepada kita yang akan tiba pada suatu ketika nanti. Tapi sudah kah kita semua bersedia?

Aku cukup terkejut bila satu artikel yang tersebar di dunia maya, sehingga dibangga-banggakan. Walaupun sebenarnya menampakkan yang kita ni sebenarnya dah lari dari gaya hidup sebenar masyarakat Melayu dan Islam yang mana ada adat sopannya yang tersendiri.

Bila dah keluar kenyataan macam tu. Aku boleh katakan, hilang adat ketimuran kita yang sopan santun. Boleh katakan sekarang ni budaya barat dah jauh mempengaruhi hidup kita. Yang mana aku sangat akui yang aku pun terikut-ikut dengan budaya barat. Walhal, kita ni sepatutnya sedar di mana bumi kita berpijak. 

Aku harap, semakin hari kita akan sedar yang kita ni berpijak di bumi siapa. Apa yang sepatutnya di banggakan dan apa yang sepatutnya tidak. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahualam.

2 comments:

hazanis said...

dalam fesyen terkini pun budaya barat byk mempengaruhi kita terutAmanya remaja zaman skrg...

Aizat Shafiq said...

@hazanis

sangat setuju..tapi nak buat macam mane..terpulang pada individu tu sendiri nak nilai pada baik atau buruk..
selagi kita jadikan agama sebagai panduan..rasanya tak menjadi masalah kan? ;)