January 31, 2015

Harga minyak RON 95, RON 97, Diesel bermula 1 Februari 2015.


Sah !

Harga minyak petrol untuk RON 95, RON 97 dan Diesel turun lagi bermula tengah malam ini 1 Februari 2015.

RON 95 - RM 1.70 penurunan sebanyak 21 sen.
RON 97 - RM 2.00 penurunan sebanyak 11 sen.
Diesel - RM 1.70 penurunan sebanyak 23 sen.




Tapi adakah pekedai-pekedai ataupun peruncit kat luar sana akan turunkan harga barang dan cas perkhidmatan? Maklum la kan, kalau dulu alasan bila minyak naik semua naikkan harga barang sebab minyak naik. Tapi bila minyak dah turun, harga barang turun tak?

Tepuk dada, tanya selera.

January 24, 2015

Apa itu Central Depository System (CDS) ?

Apa itu CDS account?

CDS bermaksud Central Depository System. Tujuan CDS ni adalah untuk kita letak duit kita untuk kita membuat pembelian dalam Bursa Saham. Kalau kat Malaysia dengan bahasa mudah BSKL. Sebab kalau kita ada duit sekalipun, kita tak boleh nak pembelian kalau tak ada akaun CDS ni.


Baru-baru ni aku baru sahaja buka akaun CDS dekat RHB Investment Bank. Mudah dan cepat. Segala yang aku nak tau dijelaskan oleh kakitangan RHB tu sendiri. Sampaikan setiap detail pada surat aggreement pun diorang explain satu-satu. Supaya aku senag faham.

Yang tu baru betul, sebab sebelum ni aku pernah terkena dengan seorang agen mutual fund. Yang langsung tak explain apa yang perlu aku sign. Yang penting aku sign. Salah aku jugak sebab tak particular pasal tu. Last-last bank hantar surat sebab nak tolak duit dalam akaun aku. Padahal kalau ikut pada awal mula aku sign agreement aku dah cakap siap-siap kat agen yang aku memang tak nak buat penolakan direct dari akaun bank. Dah cakap pun macam tak peduli je. Macam tak respect customer la pulak kan?

So, bila dah ada akaun CDS ni boleh la start trading. Yang penting sebelum start trading tu kena belajar dulu. Aku pun masih lagi belajar untuk faham. Ilmu perlu dicari untuk berjaya. 

Kan?

Rupanya mahal harga untuk masa | Masa itu Emas

Masa.


Bila cakap pasal masa, hari ni baru aku perasan. Yang apa-apa pun kat dunia bersandarkan pada masa. Bisnes pun disandarkan pada masa. Sebab apa, pagi tadi bila aku nak ambik statement bank dekat area Maybank KLCC. Lepas tu aku kena print sendiri. Bawa kat situ dan cop. Kat situ dah buang masa, sebab aku memang tak ada printer pun time tu. Jadinya, aku cari la CC paling dekat. Kebetulan sebelah Pos Malaysia tu ada CC.

Masuk dalam tu je, mak aih terkejut dengan charges untuk internet kat situ. RM8. Well, sebab KLCC? Mahal. Aku nak print tak sampai pun 2 minit. RM 8 tu untuk seorang tau. Kalau nak duduk dua orang kat satu PC kena bayar RM 12. Memang sangat mahal.

Tapi disebabkan aku dah ada kat situ dan aku perlukan statement bank tu urgent. Jadi terpaksa la. Cashier tu pun cakap yang kalau nak guna 10minit, RM 5 je. What? RM 5 untuk 10minit. Sangat mahal tu. Tapi itulah nilai masa yang dikenakan.

Menurut www.akosiallan.com 5 sebab mengapa masa itu berharga,

  1. Masa takkan kembali. 
  2. Kita cuma mempunyai 24 jam sehari.
  3. Kita boleh jual masa untuk duit.
  4. Kita boleh gunakan masa orang lain untuk kita.
  5. Kita boleh gunakan masa kita lebih dari orang lain.
Rupanya masa tu sangat berharga. Kalau kita tak dapat nak hargai masa, kita akan betul-betul kerugian. Oleh hargai lah masa yang ada, jangan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.



January 20, 2015

Chef Wan Tutup TV? | Iklan terlalu menjengkelkan

Qu Puteh. Qu Puteh. Qu Puteh.
Cukup. Fullstop !
 
Aku pun naik menyampah pulak bila tengok AJL ke-29 semalam. Aku tau yang produk keluaran Vida Beuty memang sponsor besar untuk program tu. Tapi dah macam melebih-lebih pulak iklannya. Sampaikan dah macam rancangan Qu Puteh la pulak. Bukan Anugerah Juara Lagu.
 
Kalau korang tengok sekarang ni banyak sangat porduk-produk direct selling macam ni. Kalau dulu Kak Ton. Lepas tu D'herbs pulak .Sekarang ni Qu Puteh la pulak. Lepas satu-satu. Yang tak bestnya bila tengok TV iklan produk diorang ni macam berulang-ulang kali. Makin tengok makin jelak. Kalau jarang-jarang tu okay la jugak. Ke memang cara marketing diorang macam tu sekarang?
 
ROTIKAYA
 
 Last-last Chef Wan pun komen jugak. Aku setuju. Memang tak  patut la. Too over. Walaupun dah sponsor banyak. Tapi macam tu over sangat. Lagipun kalau kita nak focus pada Anugerah Juara Lagu. Bila dah tengok iklan memanjang je Qu Puteh Qu Puteh. Arghhh. Naik tension la pulak.

January 18, 2015

Granny Smith Apples, Gala Apples, Caramel Apples tercemar bakteria Listeriosis

Apple Granny Smith telah disekat daripada memasuki Malaysia ekoran dari pencemaran oleh bakteria Listeriosis. Menurut sumber dari Monterey Health Department, pusat pemprosesan apple tersebut di Shafter telah pun dikenalpasti mengandungi bakteria Listeriosis tersebut.


Bakteria Listeriosis boleh menyebabkan kematian. Antara simptom dijangkiti penyakit ini adalah:

  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Muntah - muntah
  • Kejang otot

Dinasihatkan kepada mereka yang telah membeli Granny Smith Apples, Gala Apples atau pun Caramel Apples untuk mengelakkan dari memakan apple tersebut. 


Menurut Kementerian Perindustrian dan Asas Tani, kerajaan telah pun menghentikan mengimport ketiga-tiga produk tersebut.

January 16, 2015

Penutupan LDP di KM 20-21 | 15-31 Januari 2015

Info dari Paultan.org berikutan penutupan LDP disebabkan pembinaan LRT Ampang line extension project.. Penutupan jalan di LDP di KM 20-21, North bound. Penutupan jalan akan bermula dari 15 Januari 2015 - 31 Januari 2015.

Mengikut laman web MyRapid,

Penutupan jalan daripada 12am - 6am susur keluar dari Bandar Puchong Jaya ke Bandar Sunway. Dua lorong daripada Bandar Puchong Jaya to Jalan Klang Lama.


Pengguna dari Bandar Puchong Jaya ke Bandar Sunway dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternative melalui ramp/elevated highway ke Bandar Sunway manakala penguna ke Bandar Puchong Jaya boleh menggunakan jalan biasa ke Jalan Klang Lama.


Info lanjut boleh hubungi talian Hotline MyRapid 03-7885 2585.

SUMBER : MyRapids ; Paultan

Drama Akasia TV3 selalu tunjuk Melayu kaya.

Pukul 7 petang.
 
Aku rasa kebanyakan daripada kita mesti tengah mengadap TV kan. Terutama sekali TV3. Sebab time tu ada drama yang selalunya memang mendapat rating tinggi daripada penonton kalau nak dibandingkan dengan rancangan lain.
Betul tak?

Tapi perasan tak yang selalunya kisah drama yang disiarkan kebanyakannya ada persamaan antara jalan cerita setiap drama yang disiarkan. yang pukul 7 tu je la. Contohnya;
  • Orang melayu ada bisnes sendiri. Company besar.
  • Orang melayu pakai kereta besar.
  • Orang melayu ada rumah besar. Banglo juta-juta.
Betul tak?
 
Bagi aku la kan. Sebab apa tak tunjuk kehidupan Melayu yang sebenar?. Aku pun melayu. Kisah secara realitinya. Sebab aku rasa macam dalam drama ni macam tipu je. Sedangkan kehidupan kebanyakan orang melayu kat luar sana bukanlah macam tu. Tapi kalau cerita-cerita macam ni boleh jadi pemangkin pada kita untuk Berjaya apa salahnya kan?
 
Kadang-kadang tu dah macam cerita dongeng. Sekadar untuk hiburan. Yang tak bestnya ditayangkan pada waktu Maghrib. Waktu paling singkat untuk menunaikan tanggungjawab fardhu. Last-last nanti semua tunggu sampai pukul 8 baru nak solat. Tak pun kalau yang solat tu pun boleh hilang konsentrasi sebab nak kejar cerita tu takut terlepas. Adoii..

Aku pun kadang terpengaruh jugak. Tapi memang tak dapat nak follow la hari-hari. Sebab kerja. Tapi kalau sekadar nak melepaskan pwnaat lepas kerja boleh la layan jugak kan. Tapi kalau nak follow hari-hari memang tak la. Lagi pun drama Melayu ni stereotaip. Memang dah tahu ending macam mana. Jalan cerita pun dah boleh agak.

 Kan ?
 

January 13, 2015

High Speed Rail (HSR) | Kereta Api Laju KL - Singapore

Kereta api halaju tinggi yang menghubungkan antara Malaysia dan Singapura adakah diperlukan di Malaysia untuk masa sekarang?
 
Itu yang menjadi persoalan aku. Adakah perlu Negara kita untuk memiliki kereta api halaju tinggi yang bakal menelan kos berbillion ringgit. Adakah betul-betul menjadi keperluan untuk negara kita? Aku bukan tak setuju dengan pembinaan kereta api laju di negara kita, tapi adakah itu menjadi keperluan untuk masa sekarang? Sedangkan penggunaan kereta api ni kita tahu yang mungkin memakan masa lebih jika dibandingkan dengan penggunaan kapal terbang.

The Straits Time
Antara persoalan yang timbul dalam kepala aku,

  1. Berapa ramai rakyat Malaysia yang akan gunakan kemudahan kereta api laju ini?
  2. Berapa kos yang akan digunakan untuk membina kereta api laju ni. Sebab yang aku tahu bakal menelan berbillion ringgit. Sedangkan tak ramai yang guna kemudahan ini.
  3. Berapa harga tiket yang akan dikenakan? Sebab sekarang dengan adanya kapal terbang tambang murah. Lagi senang kalau gunakan kapal terbang. Dah la murah. Jimat masa.
  4. Berapa lama masa yang bakal diambil untuk sampai ke Singapura. Kalau ikut penjelasan dari Tan Sri Syed Hamid Albar masa yang akan diambil untuk perjalan dari Kuala Lumpur ke Singapura hanya 90 minit. Kalau termasuk dengan tempoh menunggu dan imigresen mungkin 2 1/2 jam. Lama tu. Kalau kapal terbang? Aku rasa lagi singkat.
Aku rasa banyak lagi persoalan yang bakal timbul. Pendapat aku lagi elok kalau dipertingkatkan lagi pengangkutan awam yang sedia ada. Biar lebih efisyen. Tak perlu untuk dibazirkan dahulu berbillion ringgit buat masa sekarang. Sebab bagi aku macam tak perlu lagi. Kalau dipertingkatkan lagi kualiti Kereta Api Tanah Melayu kasi lagi efisyen aku rasa HSR (High Speed Rail) memang tak diperlukan lagi.

Kan?

January 12, 2015

Gadis Bertudung dipeluk Artis Korea

Terkejut. First impression aku bila aku jumpa gambar ni. Pada mulanya bila kawan aku cakap "eh, ko ade tengok tak video gadis Melayu bertudung kena peluk dengan artis Korea?" . Aku buat tak tau je. Tapi bila aku tertengok gambar ni. Aku terkejut. Dekat mana sensitiviti orang Islam kita sekarang. Lepas tu bertudung. Aduh.
 
 
Kenapa boleh jadi macam ni. Sensitiviti orang Islam. Aku sebagai seorang lelaki pun jadi segan. Aku tau, isu ni akan jadi viral dalam media social. Ramai yang akan mengutuk dan mencerca. Tapi aku rasa semua perlu bersatu untuk mengetahui apa punca sebenar sampai jadi macam nie.
 
Pada pendapat aku,
 
  1. Kurang didikan agamakah? Walaupun diorang ni bertudung. Pakaian pun tak lah ketat. Tapi mereka sanggup diperlakukan macam tu.
  2. Panduan dari ibubapa? Ibu bapa terlalu sibuk? Yang aku tahu konsert ni diadalan di Kuala Lumpur. Adakah ibu bapa terlalu leka sampaikan tak beri tunjuk ajar pada anak-anak. Ataupun anak-anak dibiarkan terlalu bebas?
  3. Terlalu fanatik terhadap artis Korea. Ramai. Aku tengok ramai, terutama budak-budak  sekolah yang terlalu terpengaruh dan taksub dengan artis Korea. Sangat.
  4. Kawalan penganjur yang longgar. Penganjunr yang tak hiraukan sensitiviti rakyat Malaysia.
 
Baru-baru ni dalam rancangan ExtraVaganza pun kalau tak silap aku dah ada yang dikecam sebab berperlakuan yang tak patut. Tapi kali ni nampaknya lagi teruk. Walaupun tak tersebar di televisyen, tapi aku rasa pengaruh media sosial zaman sekarang ni lebih mendapat perhatian ramai.
 
Apa-apa pun, aku rasa kita patut lebih membentuk dan menyedarkan. Dan perlu mengecam sampaikan terganggu emosi mereka. Cukup untuk kita tegur dan nyatakan apakah kesan dari segi agama dan sosial. InsyaAllah. Mereka akan sedar.


January 8, 2015

Kadar Base Rate Bank di Malaysia tahun 2015

Kalau korang perasan, sejak 2 Januari 2015 hari tu, BNM telah menggantikan Base Lending Rate (BLR) kepada Base Rate (BR). Secara tak langsung, semua bank di Malaysia telah pun menggunakan BR ini bagi menggantikan BLR yang diguna pakai sebelum ni. Bila dah ubah secara tak langsung ni pun dah mengubah kadar interest bagi sesuatu pinjaman. 

Apakah itu Base Rate (BR)?

Kadar interest yang digunakan oleh bank komersial sebagai asas untuk pinjaman bank.
The Free Dictionary

Kadar asas interest untuk bank memberi pinjaman.
iMoney.com

Secara mudahnya, Base Rate ni tak jauh berbeza pun dengan BLR. Cuma kalau dulu Bank Negara yang tetapkan berapa kadar interest tetap untuk pinjaman. Bank komersial pula yang akan tetapkan berapa nilai yang perlu ditolak dari BLR. 

Sebagai contoh,

BLR - 6.85% bank tetapkan kadar BLR yang ditolak seperti -2.5%. Jadi kadar interest untuk pinjaman tersebut ialah 

6.85% - 2.5% = 4.35%

Tapi untuk BR, bank komersial yang akan tetapkan nilai BR tersebut. Contohnya,

BR - 3.20% yang ditetapkan oleh bank. Dan kadar interest yang dikenakan oleh bank adalah +1.35%. Jadi kadar interest yang dikenakan ialah 

3.20% + 1.35% = 4.55%

Tak banyak perbezaan sebenarnya. Berdasarkan jadual kat bawah ni, kita boleh tengok bank mana yang menawarkan Base Rate yang terendah. Tapi kalau dilihat kembali, walaupun Maybank menawarkan BR 3.20%. Tetapi Effective Lending Rate (ELR) yang dikenakan adalah setinggi 4.55%.

Yang mana lebih tinggi kalau dibandingkan dengan Public Bank. Walaupun Public Bank menawarkan BR setinggi 3.65%. Tetapi, ELR adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan Maybank.

iMoney
Jadi kesimpulannya kat sini, korang boleh dahulu survey sebelum betul-betul buat pinjaman. Sebab setiap bank menawarkan kadar pinjaman yang berlainan. Apa-apa pun yang penting buat penilaian yang betul sebelum buat pinjaman. Sebab bagi aku, kalau interest makin tinggi makin tinggi commitment bulanan kita. Kan?



January 7, 2015

Kad Kredit | Biar papa, asal bergaya

Biar papa, asal bergaya.

Aku cukup tertarik dengan tajuk yang dibincangkan dalam JOHARA pagi ni. Pasal Gen Y yang sanggup berhutang untuk bergaya dan mengikut kehendak. Bukan kerana ia menjadi satu keperluan. Tapi aku tak nafikan, zaman sekarang ramai yang terlalu mengikut trend dan bukan mengikut kemampuan. Asal suka, cantik, minat terus beli. Tapi implikasinya?

Google
Aku pernah menjadi mangsa kad kredit. Ini kerana terlalu terpengaruh dengan Cash Rebate yang ditawarkan. Sakit. Betul-betul sakit. Bila aku terlalu ikutkan kehendak hati untuk sesuatu barang aku terus "SWIPE". Lama kelamaan hutang kredit kad makin tinggi.

Walaupun nilai tak banyak. Dalam RM3000 macam tu. Tapi aku tak settlekan habis. Jadinya tiap-tiap bulan interest pun naik. Sampai kan aku tengok nilai hutang yang RM3000 tu macam tak bergerak. 18% interest dari RM3000. Tak ke dah RM540 setahun. Ye. Setahun tapi kalau tak istiqamah bayar tiap-tiap bulan memang sakit. Last-last bila dah tahan, aku pejam mata keluarkan duit simpanan untuk settlekan semua hutang. Baru lega.

Bagi aku, kad kredit ni kadang menjadi keperluan. Sebab pada zaman sekarang ni, kebanyakan transaction online, contoh beli barang melalui ebay, lazada dan banyak lagi la memang perlukan kad kredit. Sebab itu aku perlukan kad kredit. Bukan apa, kalau kita beli barang online ni lagi murah kalau nak dibandingkan kalau beli kat kedai.

Ada juga mereka yang memanipulasi kad kredit untuk memberikan satu keuntungan kepada mereka. Tapi yang tu kena berhati-hati. Kena pandai menilai dan pandai mengurus. Kalau tak sangkut jugak beb.

Apa-apa pun, semua tu terletak pada diri kita jugak. Terpulang pada kita nak guna atau tak. Yang penting kita fikirkan kesannya akan datang.

Berita TV sila lebih telus. Hutan? Banjir?

Ramai mereka yang baik hati dekat Malaysia ni. Kita boleh tengok banyak sumbangan yang para sukarelawaan dapat. Tak kira la dari segi makanan, pakaian, peralatan mahupun kerahan tenaga. Cukup sedih bila kita terkenangkan kejadian terburuk yang berlaku di Kuala Krai apabila satu kampung ditenggelamkan banjir. Aku bersimpati kepada mereka yang menjadi mangsa. Semoga tabah hendaknya.

Tapi...

Bila aku tengok liputan berita kat TV. Seolah-olah mereka yang berada dalam liputan berita tu seronok dan bergembira. Walaupun pada hakikatnya mereka tidak merasakan langsung keadaan disana. Aku tak faham. Perlu ke mereka-mereka ini berlakon semata-mata untuk menunjukkan yang mereka sedang membantu?

Adakah media kita terlalu berat sebelah?

Al Jazeera. Satu liputan berita yang telus. Yang memaparkan keadaan yang sebenar. Tak kira kat mana sekalipun liputan berita yang diberikan sangat adil. Maklumat yang disampaikan tak berat sebelah pun. Dan maklumat tu yang semua orang nak tahu. 


Kadang-kadang aku tengok berita TV kat Malaysia tak tahu apa sebenarnya yang disampaikan. nak menyampaikan maklumat ke? Nak memuja satu pihak ke? Nak mengutuk satu pihak yang lain ke? Yang aku nak tahu maklumat tu perlu disampaikan secara tepat. Tak perlu nak berat sebelah kepada mana-mana pihak.

Semua orang tahu menilai.

Tapi...

Apa sebenarnya punca banjir sampai seteruk ni agaknya? Aku rasa post mortem amat perlu. Kurang faham bila kejadian banjir dikaitkan dengan penggondolan hutan. Lain la kalau tanah runtuh. Ya. Aku percaya. Penggondolan hutan?.. Banjir? Kaitan? 

January 6, 2015

Gopro Hero 4 Silver Edition dibandingkan dengan Gopro Hero 3+ Black Edition

Ramai yang tanya aku pasal GoPro ni. Sebab sekarang dah ramai yang nak pakai GoPro ni. Tapi masalahnya tak tau nak beli yang mana. GoPro Hero 3+ Black edition ke atau model yang paling baru GoPro Hero 4. Kalau nak komen pasal Gopro Hero 3+ memang aku tak tau macam mana. Sebab aku tak ada pengalaman guna Gopro Hero 3+, tapi kalau Hero 4 aku memang berpuas hati. 

Sebelum aku beli GoPro Hero 4 Silver Edition hari tu. Lebih kurang sebulan juga la aku buat survey. Tapi bukan hands on survey sebab kat kedai Gopro ni memang tak dapat la nak hands on survey. Melainkan kalau test yang member punya tu lain cerita. Aku banyak bandingkan GoPro dengan Sony Action cam sebab pesaing paling hebat la kiranya. Brand lain macam Garmin Vibe pun aku compare juga.



Antara sebab aku pilih GoPro Hero 4 Silver Edition.

  1. Harga. GoPro Hero 4 RM 1499++. Kalau beli GoPro Hero 3+ Black Edition lebih kurang RM1300++. Beza harga tak jauh. Sebab tu aku ambik Hero 4.
  2. LCD screen. GoPro Hero 3+ memang tak ada LCD screen. Kalau nak jugak kena beli LCD screen BACPAC (RM499++). Memang mahal. Hero 4 dah memang built in. So tak payah nak beli LCD screen.
  3. Sound quality. Improvement dari model Hero 3+. Sebab kale dull memang sound dari Hero 3+ miming tak jelas. Banyak video dalam Youtube orang komen pasal  sound yang tak jelas. Tapi Hero 4 aku ambik video time member aku jamming memang tak ada masalah. Clear. Sangat jelas.
  4. Night Lapse mode. Walaupun malam. Korang still boleh ambik gambar Time Lapse dengan mode Night Lapse nie. Memang cantik. Aku pernah try, dalam keadaan yang sangat gelap. Aku guna ISO 800 untuk ambik night lapse.
Dari segi kualiti video memang sama. Sebab kedua-dua GoPro ni mmempunyai kualiti video yang sama setinggi  4K,15fps. Memang cantik. Tapi satu je masalahnya, kalau video resolution tinggi 4K ni kalau nak tengok kat laptop atau komputer kena spec tu tinggi. Takut nanti bila nak tengok video tu lekat-lekat pulak nanti.

Nanti aku akan kongsikan lagi tips-tips GoPro. 

Harga Minyak dah turun, Harga barang turun tak?

Alhamdulillah, bermula 1 Januari 2015 hari tu kerajaan mengumumkan penurunan harga minyak ke paras RM1.90 (RON95) , RM2.11 (RON97) dan RM1.93 (Diesel). Tapi adakah dengan penurunan harga minyak ni akan menyebabkan penurunan harga barangan runcit? 

Google
Korang pun tahu kan, bila harga minyak melambung naik macam hari tu, barang-barang pun start la naik. Tambah kalau barang keperluan asas. Pembekal dan peruncit cepat je kasi naik harga dengan alasan 

"eh, minyak dah naik dah sekarang, kos pun naik la". 

Tu  diorang cakap. Kalau minyak turun? Ada tak dengar yang diorang cakap,

"eh, minyak turun. Harga pun kena turun jugak ".

Memang susah la nak dengar kan? Tak pun langsung tak dengar. Sebab ape. Untung lagi banyak kot. Itu lah hakikatnya kan.

Tahun 2015 kita akan berdepan dengan GST yang akan dilancarkan April 2015. Tak lama dah tu. Kesan dari GST? Tunggu dan lihat. Kadang-kadang aku memang tak setuju dengan GST. Ya, aku tau yang GST memang memberi pulangan yang besar terhadap kerajaan Malaysia. Tapi sepatutnya sebelum dilaksanakan GST, kerajaan terlebih dahulu patut meningkatkan lagi kualiti dan taraf hidup di Malaysia. 

Itu pendapat aku.