January 6, 2015

Gopro Hero 4 Silver Edition dibandingkan dengan Gopro Hero 3+ Black Edition

Ramai yang tanya aku pasal GoPro ni. Sebab sekarang dah ramai yang nak pakai GoPro ni. Tapi masalahnya tak tau nak beli yang mana. GoPro Hero 3+ Black edition ke atau model yang paling baru GoPro Hero 4. Kalau nak komen pasal Gopro Hero 3+ memang aku tak tau macam mana. Sebab aku tak ada pengalaman guna Gopro Hero 3+, tapi kalau Hero 4 aku memang berpuas hati. 

Sebelum aku beli GoPro Hero 4 Silver Edition hari tu. Lebih kurang sebulan juga la aku buat survey. Tapi bukan hands on survey sebab kat kedai Gopro ni memang tak dapat la nak hands on survey. Melainkan kalau test yang member punya tu lain cerita. Aku banyak bandingkan GoPro dengan Sony Action cam sebab pesaing paling hebat la kiranya. Brand lain macam Garmin Vibe pun aku compare juga.



Antara sebab aku pilih GoPro Hero 4 Silver Edition.

  1. Harga. GoPro Hero 4 RM 1499++. Kalau beli GoPro Hero 3+ Black Edition lebih kurang RM1300++. Beza harga tak jauh. Sebab tu aku ambik Hero 4.
  2. LCD screen. GoPro Hero 3+ memang tak ada LCD screen. Kalau nak jugak kena beli LCD screen BACPAC (RM499++). Memang mahal. Hero 4 dah memang built in. So tak payah nak beli LCD screen.
  3. Sound quality. Improvement dari model Hero 3+. Sebab kale dull memang sound dari Hero 3+ miming tak jelas. Banyak video dalam Youtube orang komen pasal  sound yang tak jelas. Tapi Hero 4 aku ambik video time member aku jamming memang tak ada masalah. Clear. Sangat jelas.
  4. Night Lapse mode. Walaupun malam. Korang still boleh ambik gambar Time Lapse dengan mode Night Lapse nie. Memang cantik. Aku pernah try, dalam keadaan yang sangat gelap. Aku guna ISO 800 untuk ambik night lapse.
Dari segi kualiti video memang sama. Sebab kedua-dua GoPro ni mmempunyai kualiti video yang sama setinggi  4K,15fps. Memang cantik. Tapi satu je masalahnya, kalau video resolution tinggi 4K ni kalau nak tengok kat laptop atau komputer kena spec tu tinggi. Takut nanti bila nak tengok video tu lekat-lekat pulak nanti.

Nanti aku akan kongsikan lagi tips-tips GoPro. 

18 comments:

Natasya Alesya said...

salam..

blh bagi komen antara Gopro Hero4 silver dgn Sony Action Cam.tak tau nk pilih yg mana...tq

Aizat Shafiq said...

@Natasya Aleeya

Wassalam.. boleh je..

:)

al mubarak77 said...

Bro nk beli goprohero4 black kew silver mna sempoi...

aizat shafiq said...

@al Mubarak77

kalau ikutkan saya.
lagi prefer silver edition..
sebab ade lcd screen..
gambar, video pun not bad..
mungkin nanti saya upload dalam blog nie..
tak sempat lagi nak update..
hehehe

tapi kalau black edition..
4K video mmg power..tapi rasanya utk pengguna biasa macam kita tak perlu sangat kot..
sebab 2.7K 60fps kat gopro silver pun dah cukup power..

nanti saya buat comparison yee..
:)

Anonymous said...

Salam.
Nak tanya, kat mana ada jual gopro hero 4 ni? Thank yoU -diana-

Blog Kakak said...

Saya beli go pro 3 tahun lepas. Tak pandai guna sebab xde lcd. Lepas 6 bulan keluar gopro 4. Cepat sgt la new edition!

Mmg lcd pun rm349

aizat shafiq said...

@Blog Kakak

ye ke?..
same la yang jdi bila sy beli iPad first gen dulu..beli tak sampai 2 minggu..dah keluar iPad 2..kecewa..
:p

ayip said...

Salam jumaat , bro beli gopro hero 4 kat mana ?

aizat shafiq said...

@ayip

Wasalam.. sori lambat reply..
beli kat Lowyat time tu..
:)

Khairul Hamsyr said...

Bro, hero 4 silver edition mmg tak include remote wireless ke? Penting tak remote wireless tu dan berapa harga remote wireless tu?

aizat shafiq said...

@Khairul Hamsyar

setakat ni memang tak jumpa lagi pakej yang include dgn remote. remot tu memang agak mahal la. RM345. sebab tak jumpa lagi harga murah. kot2 la kalau ada. tapi kalau xde remote pun boleh guna hphone je. pakai apps.

Sariful Aniqah Rozali said...

Salam @aizat.blh share x apps ape yg blh guna utk remote tu?

aizat shafiq said...

@sariful aniqah rozali

apps? takde special pun.. pakai GoPro apps je.

aku dan impianku said...

Salam harga terkini gopro sape tau. Dua hari lepas Sy g funsportz PJ harga silver hero4 1799.

aizat shafiq said...

@aku dan impianku

rasenye sekarang ni harga mmg rm1799. sebab kalau tak silap aku, mmg harga tu standard sebab di control oleh funzsport yang mana merupakan distributor kat Malaysia ni.

Sariful Aniqah Rozali said...

Thank you awakkk

azrulaziz said...

Bro , ada yang jual gopro hero 4 , trusted memang sbb preorder tapi murah harga rm600 , nak tanya kualiti sama ke ngan yg dgn 1.7k punya sbb dia pun ala2 refurbished , dia under funzsport gak , ada sesapa kat sini yg beli preorder under funzsport tak ?

adjlan m said...

Salam..sya slu gna apps kat tepon ..x mampu ble remote lg...masalah sya,,tepon slu jd hang masa guna apps..biasa trjdi ke..normal ke