April 26, 2015

Playstation 4 | Apa yang perlu anda tahu.

Bila aku mula-mula beli PS4. Aku pun ada masalah. Jadi kat sini aku nak kongsi apa yang patut korang tahu bila beli PS4.


Harga
Rata-rata yang aku jumpa dalam lingkungan harga RM1390 - RM2000. Yang paling murah tu aku jumpa RM1390. Tapi kadang-kadang bila murah ni kena berhati-hati jugak. Yang RM2000 tu memang complete set. Ada jugak yang bundle dengan game macam Call of Cuty, FIFA15, Assassin Creed, Battlefield. Terpulang pada bajet korang. Kalau ada bajet lebih boleh la ambik yang complete set.


Game 
Kalau nak dibandingkan dengan PS3, PS4 ni game dia tak banyak lagi. Maklum la, baru lagi. Tapi satu yang tak best, game PS3 tak boleh nak main dekat PS4. Jadi, kalau sape-sape yang dah pakai PS3 tu macam membazir jugak la kalau nak tukar, sebab game PS3 dah tentu-tentu banyak kan? Harga game pulak? Yang paling murah aku jumpa RM140 - RM200++. Yang ni pun ikut kedai jugak. Ada yang murah, ada yang mahal. Jadi pandai-pandai la bandingkan ye.


Video Output
Yang mana dah terbiasa dengan AV output yang cable kaler kuning, putih, merah tu untuk makluman korang, cable tu dah tak guna dekat PS4. Yang ada cuma HDMI. Kalau nak pakai jugak kena cari HDMI - AV convertor. Tapi aku nasihat baik korang pastikan ada TV yang ada HDMI. Sebab aku pernah jugak nak try guna HDMI-VGA convertor sebab nak main kat PC monitor tapi tak jadi. Aku tengok dalam Youtube senang je. Tapi bila cari convertor yang betul-betul compatible tu yang aku tak jumpa.


Controller
PS4 kali ni cuma datang dengan satu controller. Nak main multiplayer macam FIFA15 kena beli joystick DualShock 4 yang lain. Range harga paling murah RM180-RM200. Banyak design boleh pilih. Terpulang pada korang nak design macam mana.

Apa yang korang akan dapat dalam kotak PS4?


Playstation 4 Console
Dualshock 4 Controller x 1
HDMI cable
Power Cable
EarPhone 


Images from Google.

4 comments:

Anonymous said...

ps4 ni kena ade connection inter atau plug& play je terus

aizat shafiq said...

tak ade pun tak ape.. tapi game tak boleh update laa..
:)

Anonymous said...

Salam aizat..

kedai mane yg aizat bleh suggest utk beli ps4 yg ori selain kat sony center..ingt nak beli...

aizat shafiq said...

PS4 rasenye takde ciplak lagi. Semua memang cover warranty by Sony.