August 17, 2015

iPhone 5s aku buat hal. Petanda kena tukar iPhone 6 ke?


Sepanjang pagi aku tak dapat line. Maxis. Aku ingatkan mungkin area Ukay Perdana ni problem la agaknya. Kot. Sebab tu tak dapat line. Budak-budak rumah pulak semua pakai Celcom. So, memang aku agak yang Maxis memang problem pagi tu.effffv

Bila dah keluar sampai ke Damansara masih jugak tak dapat line. Pelik? Takkan la dari area Ukay Perdana sampai ke Damansara line masih bermasalah. Aku buat tak tau je lagi. Tapi rasa pelik jugak sebab aku tengok orang lain rilek je main handphone. Diorang semua pakai Celcom ke. 

Tak puas hati. Aku try tanya brader yang kerja dekat Harvey Norman, IPC. Sekali dia tunjuk yang line Maxis dia okay je. Ahh. Sudah. Sim card problem? Mula la cari Maxis centre paling dekat. Dekat E-Curve. 

Bila staff Maxis test sim card aku. Rupanya okay. Tak ada masalah. iPhone aku masalah? Dah mula terfikir yang nak ambik iPhone 6 dah time tu. Hahaha. Last-last aku balik rumah. Sambung kat Macbook, terus update iOS. Sekali okay laa. Rupanya aku tak habis update semalam. Tu yang hang tu. 



Ingatkan dah kena tukar iPhone 6 dah? Hehehe.

3 comments:

yoorin melacolea said...

semalam baru kawan share dia nak jual iphone 6 dia..gold lagi tu.. RM2000.. huhu.. tp dah sold.. nak beli, tp masih lg pencinta note series.. hehehehe

aizat shafiq said...

RM2000?.. Murah jugak tu..sebab yang brand new tu pun RM2800++ kan?..nanti kalau dah tukar iPhone..dah tak nak pakai Samsung dah.. :p

Miracle Delight said...

Apa kelebihan iPhone berbanding samsung? Camera dia nampak mcm biasa je? Sy pengguna samsung note 3 sekarang