August 18, 2015

Peminta Sedekah , Patut bagi ke tak patut bagi?


Kesian tu memang kesian. Tapi kadang-kadang tu betul ke? Isu ni dah banyak kali pun TV tunjuk. Pasal peminta sedekah sambil jual tisu. Pendapatan yang melebihi RM3000 sebulan. Yang mana kalau kita ikutkan lagi tinggi dari gaji bulanan yang kita dapat tu. 


Sebab tu kadang-kadang aku terfikir jugak. Patut ke tak patut? 

AKu pernah jugak terserempak dengan peminta sedekah berhadapan Giant Taman Permata. Kutip sedekah untuk pembinaan masjid. Tapi bila aku tengok balik tulisan pada kotak derma tu macam Salah tulis je. Tapi masih lagi ada orang yang derma. Mereka-mereka ni senang. Berpakaian baju melayu berkopiah lepas tu minta sedekah.

Aku rasa, pihak berwajib perlu ambil tindakan. Sebab sekarang ni aku tengok ramai sangat. Tambah-tambah bukan orang kita.  Entah betul ke entah tidak. Bagi aku, lebih baik kita menderma ke tempat-tempat yang patut dan diakui. Ataupun, kepada seseorang yang memang kita dah tahu diorang ni susah. 

:)

1 comment:

Miracle Delight said...

Tapi ustaz kata, bagi je. Mana tahu kalau dia menipu, tapi dgn duit kita bagi tu blh ubah dia.?