August 21, 2015

Serai @ Pavilion KL



Pertama kali ke dining loft dekat Pavilion KL. Pertama kali jugak aku try makanan dekat Serai @ Pavilion KL. Satu-satu kedai yang berbahasakan melayu kat level tu. Selain dari makanan arab, korea, dan western. 'Serai' kan nama melayu tu. 


Char Kuey Teow. RM22. Macam kuey teow biasa je. Tak macam original Penang char Kuey Teow yang lagi basah kalau compare dengan yang ni. Tapi not bad. Still boleh tahan. Cuma harga tu pun boleh tahan. 


Semalam aku try Nasi Ambang. RM22 jugak. Penuh satu pinggan. Rasa? Not bad okay jugak. Tapi still tak boleh nak tanding rasa Nasi Ambang yang aku makan kat Shah Alam bulan puasa hari tu. Terbaik. Hehehe.


Last sekali desserts.  Try fried raviolli. Dah macam Italian pulak kan. Tapi sebenarnya simple je tu. Dalam tu, inti cashewnuts salut nutella. Pastu goreng makan dengan aiskrim. Boleh tahan. Tapi dengan harga RM15. 

Layanan pun okay. Tempat  dan environment pun selesa. Rating 8/10. 

1 comment:

Miracle Delight said...

Harga dia.. fuhh. memang idok ler saya nak makan situ