September 4, 2015

Tersesat di Masjid Jamek, Kg. Baru


Dah lama jugak aku tak singgah dekat Masjid Jamek, Kg Baru. Baru-baru ni aku singgah nak solat Asar. Tapi boleh tersesat sampai ke pintu masuk ke saf wanita. Nak cari tandas pulak tak jumpa-jumpa. Yang jumpa tandas perempuan. Adoi. Berpusing satu masjid aku hari tu. 

Nasib baik la ada sorang Pak Cik ni tunjuk jalan kat aku. Rupanya memang pintu masuk dah berubah. Susun atur masjid pun dah berubah. Macam gambar kat bawah tu. Dah makin cantik-cantik dah. Siap ada basement. 



Cari punya cari jumpa laa tandas. Kat basement. Tu pun lepas pusing satu masjid. Sebab cari sign board tak jumpa. Memang makin selesa la masjid ni. Rasanya lama jugak masa yang diambil untuk renovation ni. Memang lain sangat. Apa-apa pun yang penting jemaah makin selesa. Alhamdulillah.

3 comments:

Si Galah Panjang said...

mesti cuakk kan? hehehe.

#Jenjalan sini. Jemput lah ke blog kiteee :)

aizat shafiq said...

@si galah panjang

hahaha. boleh tahan la jugak. :p

Miracle Delight said...

Lawanya