September 4, 2015

UAE 10-0 Malaysia | Malaysia tewas lagi.


Team Bola Sepak Malaysia tewas lagi?

Kali ni 10-0 kalah kepada pasukan U.A.E yang berada di ranking ke-70 dunia. Kita pulak di ranking ke-168 dunia. Tapi kalah 10-0 ni memang betul-betul pasukan belasahan ni. Macam status sebagai bekas juara Tiger Cup dengan Suzuki Cup macam tak ada reputasi dah. Macam mana tu?


Aku tak tengok pun game tu semalam. Tapi bila aku tengok balik replay goal untuk game tu semalam memang malu. Nak salahkan keeper? Dollah Salleh dah tukar 3 orang keeper. Lain macam punya strategi jugak tu. Dollah Salleh menunjukkan yang dia masih confident dengan barisan petahanan dia. Tapi itu la kan. Takkan nak harapkan keeper semata-mata. Dah tentu-tentu barisan pertahanan yang memainkan peranan dulu sebelum keeper. Pening !


Harapan nak masuk World Cup dalam masa 10 tahun ni rasanya tinggal harapan je la. Hari tu dah kena dengan Palestin 6-0. Dengan Timor Leste pun seri 1-1. Harapan tinggal harapan je la. FAM dah kena buat sesuatu ni. Mesti something yang diorang perlu sedar. Takut tak lama lagi, ranking makin turun. Last-last sampai top ten from the bottom. Harapnye tak la macam tu. 

2 comments:

InsanKecil said...

Permainan tak kemas, hantaran hancus, patut ganti jurulatih berpengalaman macam Bojan Hodak.

aizat shafiq said...

@Insan Kecil

setuju..setuju..