October 13, 2015

Kecewa dengan Franchise Restoran Kyocheon



Kecewa. Sebab ni rasanya dah masuk 3 kali aku pergi ke Restoran Kyocheon. 2 hari lepas aku ke Restoran Kyocheon kat One Utama. Niat nak makan Tteobokki a.k.a rice cake. Diorang cakap habis. So, tak jadi makan situ lah. Ok takpe lagi lah. Lepas tu semalam pulak, aku ke Restoran Kyocheon kat Pavilion. Pun tak ada jugak. Lepas tu, macam-macam pulak alasan yag diorang bagi. Itu la. Ini la. Dalam menu tak pulak cakap tak ade.

Dipping sauce, red sauce ni dah masuk kali ketiga diorang cakap tak ada. Tapi dalam menu boleh pulak ade choices untuk pilih dipping sauce, red sauce. Macam mane tu? Kalau takde better take it out from the menu kan? Tak kecewa customer tu nanti. Letak je sticker not available. Ni dalam menu macam-macam, bila mintak. Hmmm.

1 comment:

Miracle Delight said...

Sabar ye. Mesti ada sebab kenapa Allah takdirkan begitu.