December 1, 2015

Sikap Pemandu Malaysia yang sering akibatkan TRAFFIC JAMMED.

Aku kadang-kadang tinggal kat KL untuk seminggu sebab nak attend kelas. Jadi traffic jammed kat KL ni biasa. Tapi kadang-kadang tu, sebab traffic jam ni memang kadang-kadang tu tak logik. Tapi boleh akibatkan traffic jam berkilometer panjangnya.

1. Driver Malaysia ni tak pandai nak plan jalan.

Yang ni kalau korang perasan. Suka hati diorang je. Bila nak masuk simpang, nak tukar lane. Kalau jalan 3 lane macam MRR2. Dari lane kanan nak masuk ke simpang kiri tu, cuba bayangkan diorang nak tukar lane. Tak ke boleh buat traffic jam?


Apalah salahnya kalau korang duduk tunggu siap-siap kat lane paling kiri.

2. Lambat gerak kat Traffic Light

Paling fed up bila kat traffic light semua orang lambat nak gerak. Kalau hijau tu nak tekan minyak pun macam tak tekan je. Tapi kalau lampu kuning? Kemain laju. Jadinya, sepatutnya boleh lepas 10 kereta. Tapi yang lepas 7 kereta je.  Typical Malaysian driver.



3. Pandu kereta di bawah kelajuan dekat lane yang tak sepatutnya

Yang ni pun boleh buat traffic jam jugak. Kadang tak patut, orang yang drive dekat lane kanan terutamanya. Duduk di sebelah lane kanan, tapi bawa kereta tu perlahan. Tak pasal-pasal jalam jem. Kalau dah rasa bawak lebih kurang 60km/h je baik bawak lane kiri je.



Tapi kalau satu lane? Macam yang menjadi masalahnya, selalunya la kan macam gambar kat atas ni la. Kereta perlahan pandu di lane laju, memang tak kena saman punya. Apa kata kalau undang-undang tu ambil kira yang pandu perlahan di lane laju jgk? Saman jugak.


3 sebab yang mana aku rasa jalan kat Kuala Lumpur ni tak habis-habis jem. Dari pagi sampai ke malam. Dari hari bekerja sampai la ke hujung minggu. Dah tu bila masa KL tak jem?


1 comment:

luqman zakaria said...

sedih kan..geram pun ada..