October 6, 2016

DJI Mavic Pro | Spesifikasi dan Pendapat



DJI kembali memberi persaingan kepada GoPro dalam dunia drone. Ketika era Phantom 2, aku masih ingat ketika mana GoPro dijadikan kamera untuk Phantom 2 ketika itu. Kali ni, DJI memberikan persaingan yang hebat dengan siri terbaru drone yang lebih compact. DJI Mavic Pro.




Berikut spesifikasi secara ringkas tentang DJI Mavic Pro:

  • Saiz : H83mm x W83mm x L198mm
  • Berat : 734gm (Tanpa Gimbal Cover) + 9gm (Gimbal Cover)
  • Kelajuan : 65kmh dalam sport mode
  • Temph penerbangan max : 27minit
  • GPS : GPS / GLONASS
  • Kamera Sensor : 1/2.3" (CMOS) , 12MP
  • ISO : 100-3200 (video) , 100-1600 (photo)
  • Jarak Controller : max sejauh 7km tanpa sebarang halangan

Pendapat awal:



DJI terlalu sinonim dengan drone keluaran syarikat mereka terutama siri DJI Phantom. DJI Mavic Pro dikatakan lebih kepada versi Phantom 4 berskala kecil dan mini. Ini kerana, sensor yang digunakan pada Phantom 4 juga digunakan pada Mavic Pro. Walau bagaimanapun, disebabkan Phantom 4 bersaiz lebih besar, ia mempunyai kelajuan maximum yang lebih tinggi dan dapat menahan angin yang lebih kuat.

Dari segi harga, dikatakan DJI Mavic Pro dalam lingkungan RM4300++. Tapi masih tak dapat dipastikan. Untuk Phantom 4 kini berharga RM4600 seperti yang ditawarkan oleh laman web Shashinki.  

Perbandingan Jangka Hayat Bateri GoPro Hero 5, 4 dan Session



Vlogger Mic Bergsma membuat perbandingan masa untuk jangka hayat bateri GoPro Hero 5, Hero 4 Black dan Silver Edition, Hero Session dan Hero 5 Session.



Jadi? 

Perbezaan masa atau jangka hayar bateri untuk Hero 5 dan Hero 4 Silver Edition tak lah jauh sangat. Dari segi fizikal memang agak ketara disebabkan casing sahaja. 


October 5, 2016

GoPro Hero 5 | Spesifikasi dan Pendapat




GoPro Hero 5 dan Hero 5 Session telah pun menjejakkan kaki ke Malaysia. Harga retail untuk GoPro Hero 5 adalah RM1849 manakala untuk Hero 5 Session pada harga RM1399. Perbandingan harga untuk GoPro Hero 5 dengan Hero 4 Silver Black Edition agak murah sebab untuk Hero 4 Black Edition harga permulaan pun dah RM2099.


Spesifikasi GoPro Hero 5
  • Built in screen 2 inci dan simplified control
  • Video resolutions 4K pada 30fps
  • Kualiti gambar sehingga 12MP
  • Auto upload gambar dan video 
  • Kawalan suara (voice control) untuk 7 bahasa
  • Kalis Air (waterproof) sehingga kedalaman 10m
  • Stereo audio recording dengan Advanced Wind Noise Reduction 
  • Professional grade video stabilisation
  • GPS

Tapi adakah berbaloi untuk pengguna-pengguna GoPro Hero 4 berbaloi untuk mengubah kepada GoPro Hero 5?

Pendapat 

Pendapat awal dari pengguna GoPro, disebabkan Hero 5 tidak didatangkan dengan casing ia agak tidak sesuain untuk mereka yang menggunakan kamera ini untuk aktiviti lasak. Ia lebih kepada aktiviti yang kurang lasak dan boleh dikategorikan lebih kepada selfie kamera.

Aku agak setuju dengan kenyataan tu. Malahan Standard Casing untuk GoPro Hero 4 mampu menyelam sehingga kedalaman 40 meter (131ft). 

September 14, 2016

Update PS4 4.00 dilancarkan pada 13 September 2016


Update terbaru untuk PS4. Versi 4.00. Perubahan ketara pada paparan utama dan juga layout pada sesetengah bahagian.

Menurut laman web Gamespot, PS4 4.00 besaiz sebanyak 312MB dan salah satu ciri utama untuk update pada kali ini adalah cara susunan fail game dan juga apps. Selain itu terdapat juga perubahan pada menu design utama.

Berikut ciri-ciri yang dinaik taraf dari versi sebelumnya.

September 10, 2016

Playstation 4 Pro bakal dipasarkan di Malaysia pada harga RM1799


Playstation 4 Pro ataupun PS4 Pro bakal dipasarkan di Malaysia. Pihak Sony telah pun mengumumkan pelancaran 2 model terbaru Playstation iaitu model Playstation 4 Slim dan juga model yang lebih advance berbanding model sebelum ini iaitu Playstation 4 Pro. Playstation 4 Pro juga dilengkapi dengan kemampuan HDR dan 4K gaming. 



PS 4 menggunakan grafik prosessor yang lebih advance yang mana menggunakan "Polaris" architecture terbaru keluaran AMD dan GPU yang lebih pantas daripada model sebelum ini. Ini akan menyebabkan PS4 akan dapat memberikan grafik yang lebih stabil dan lancar dan juga menyokong resolusi 4K.









Menurut laman Facebook Gamers Hideout, PS4 Slim bakal dipasarkan pada hujung bulan ini, manakala untuk PS4 Pro bakal dipasarkan pada November 2016. Playstation 4 Slim pada harga RM1,399 dan model Playstation 4 Pro pada harga RM1,799.




September 9, 2016

PS4 Slim model versi nipis PS4 sedia ada bakal dipasarkan


PS4 Slim bakal menggantikan PS4 yang sedia ada sekarang. Dengan saiz yang lebih kecil jika dibandingkan dengan model sebelum ini. 



Sony mengumumkan bahawa untuk model PS4 slim ini lebih kecil, ringan dan malah lebih menjimatkan tenaga 34% dan 28% jika dibandingkan dengan model PS4 CUH-1000 & CUH-1200 sebelum ini. Ia turut datang dengan 500GB HDD dan juga model 1TB. Tapi buat masa ini hanya untuk PS4 region Japan sahaja menurut web Playstationlifestyle.

Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, saiz nya lebih 30% lebih kecil dan beratnya dikurangkan kepada 25% daripada model CUH-1000 dan sebanya 16% daripada model CUH-1200. 


Dari segi internal spesifikasi, PS4 slim datang dengan sepsifikasi yang sama dengan model PS4 sebelum ini. Ia dilengkapi dengan 1.6GHz eight-core processor, 8GB DDR5 Ram pada kelajuan 176GB/s dan juga 500GB HDD.




Tidak ada perubahan ketara melainkan dari segi saiz dan berat. Mungkin kita akan dapat lihat prestasi sebenar PS4 slim ini dibandingkan dengan model PS4 yang ada sekarang. Tapi Sony juga bakal memperkenalkan PS4 Neo yang dikatakan lebih advance jika dibandingkan denga PS4 sekarang. 

September 8, 2016

Apple memperkenalkan iPhone 7 dan iPhone 7 plus


Apple telah melancarkan dua variasi baru untuk produk iPhone, iaitu iPhone 7 dan iPhone 7S dalam satu majlis di San Francisco semalam. Turut dilancarkan dalam majlis tersebut adalah generasi kedua untuk Apple Watch Series 2 dan juga wireless headphones ataupun lebih dikenali sebagai AirPods. 


iPhone 7 dan iPhone 7 plus

Dua variasi saiz screen yang diperkenalkan adalah 4.7 inch dan juga 5.5 inch untuk dua model berbeza. Kedua-dua model kalis air dan debu turut menjadi salah satu ciri terbaru bagi model  kali ini. 



Apple turut menyatakan bahawa untuk model iPhone 7 kali ini mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama 2 jam jika dibandingkan dengan model iPhone 6s sebelum ini. Manakala untuk model iPhone 7 plus selama 1 jam. 


Turut diperkenalkan juga warna terbaru untuk model iPhone 7 iaitu Jet Black yang lebih glossy dibandingkan dengan warna black sebelum ini. Turut data dengan warna putih, hitam, gold dan juga rose gold. 

Dilengkap dengan cip pemprosesan A10 Fusion terbaru dengan 64-bit empat teras CPU yang mana 40% lebih pantas dari kelajuan cip pemprosesan A9 yang digunakan oleh iPhone 6S. 



Untuk model terbaru ini, ia juga dilengkapi dengan kamera optikal terbaru bersama image stabilisation dan juga 6 elemen lens dan f/1.8 aperture. Ini akan meningkatkan lagi penerimaan cahaya terutama sebanyak 50% apabila kita menggunakannya dalam keadaan kurang cahaya ataupun 'low light' photography. Apple menyatakan bahawa untuk kamera model iPhone 7 kali ni 60% lebih pantas jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Perbezaan antara iPhone 7 dan iPhone 7 plus adalah ia dilengkapi satu lens kamera. Manakala iPhone 7 plus dilengkapi dengan dual lens kamera iaitu, 'wide angle' dan 'telephoto'. Turut ditambah didalam iPhone 7 plus adalah 'potrait effect' terbaru bagi mendaoatkan depth of field gambar tersebut.


Perubahan terbesar apabila Apple telah pun mengucapkan selamat tinggal kepada 3.5mm headphone jack. Dengan ini secara sah, Apple dah tak galakkan untuk menggunakan headphones yang menggunakan wayar lagi. Selain itu, turut diperkenalkan oleh Apple adalah AirPods. Earphones wireless yang dilengkapi dengan microphone. Melihatkan pada reka bentuk AirPods, lebih kurang sama dengan rekabentuk earpods sebelum ini. Cuma tanpa wayar.








September 4, 2016

Nak hidup kat Malaysia sekarang ni mampu ke tak? Ke patut berhijrah?

Harga Rumah makin mahal.

Ya. Aku setuju dengan artikel tulisan Saifulizam Mohamad dalam Rencana Utusan Malaysia. Boleh rujuk artikel kat bawah ni.


Ya. Aku setuju. Walaupun aku tahu, sekarang di luar sana ramai mereka yang sering berkongsi pasal bagaimana mereka membeli rumah di usia muda. Dan pelbagai cara yang mereka ajar dan galakkan untuk para graduan atau yang baru bekerja untuk meletakkan prioriti untuk membeli rumah di usia muda. 

Tapi adakah betul jika dikatakan menjadi kesalahan seseorang itu tidak membeli rumah pada usia muda adalah disebabkan mereka sendiri?

Sebelum aku teruskan, aku cuma mempunyai sebuah rumah. Yang mana kini aku tak tinggal sebab aku beli rumah yang bukan berdekatan tempat aku bekerja. Dan aku beli rumah pun daripada ayah aku sebab nak gunakan cash money untuk bina rumah di atas tanah sendiri di Kota Bharu. Disebabkan perlukan cash money dan tak perlukan pinjaman bank atas nama ayah aku. 

Jadi itu antara sebab aku miliki rumah yang bukan untuk aku duduk. Tapi alhamdulillah. Aku berjaya sewakan pada orang walaupun nilainya tak sama dengan bayaran loan bulanan aku. Sudah tentu, mereka-mereka property investor kat luar sana akan mengatakan aku rugi, sebab ROI aku dah negatif. Ya betul. Negatif. Sebab aku tak untung satu sen pun. Malahan aku kena tambah lagi duit untuk bayar loan.

Tapi, sejak kebelakangan ni, harga rumah terlalu mencanak tinggi. Sampaikan ramai daripada bangsa Melayu, Islam tak mampu nak memiliki rumah. Banyak faktor. Dan aku rasa tak patut dipersalahkan individu tersebut disebabkan tidak memiliki rumah lagi.

Aku sekarang menyewa. Di Kuala Lumpur. Kadar sewaan rumah RM1000 untuk saiz rumah 850sqft. Tapi aku menyewa bersama kawan. Jadi kurang la sikit. Tapi tu cuma sewa rumah. Cuba kalau kita pecahkan lagi kadar untuk memiliki mahupun menyewa sebuah rumah :


Nilai tu tak termasuk lagi kalau korang miliki sebuah kenderaan. Letak la dalam RM150 sebulan untuk sebuah motor EX5 sebab bujang lagi. Tapi kalau dah berkeluarga dan memilik kereta lebih kurang RM 450 sebulan. Tak ke jumlah tu dah mencecah RM1740.  Kalau nak dibandingkan dengan gaji permulaan bagi seorang graduan?

Aku tak letakkan pelaburan dalam hartanah ni salah satu penyebab kenaikan harga hartanah. Banyak faktor-faktor lain yang dapat menyumbang terhadap kenaikan hartanah di bandar-bandar besar contohnya. Tapi siapa yang patut membendung kenaikan hartanah seperti ini?

Bukan sekadar harga rumah yang membebankan. Perbelanjaan isi rumah pun bakal meningkat. Semua disebabkan oleh inflasi.


Mungkin ada sessetengah pihak yang akan cakap yang aku ni merungut je. Usaha lah lebih sikit. Betul. Aku faham. Mungkin ada diantara korang yang berusaha akhirnya Allah S.W.T kurniakan rezeki kepadanya. Tapi cuba kita tengok kepada mereka-mereka yang tak mampu walaupun dah bekerja siang malam. Tapi masih lagi kesukaran untuk menampung hidup. 

Ada tak pihak-pihak yang cuba untuk membantu?




Dan yang palin aku hairan. Dalam Berita TV tak ada pun sebut pasal ekonomi Malaysia yang dah makin kusut. Dah makin bahaya. Bebanan hutang makin meningkat. Yang selalu sebut, ekonomi Malaysia masih stabil. Itu je la hari-hari pun. Berita politik tak habis-habis.

September 2, 2016

Virus Zika di Malaysia

Kes pertama di Malaysia telah pun disahkan. Sedikit perkongsian mengenai virus Zika.


Mengenai Virus Zika?

  • Disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti dengan virus zika. Nyamuk Aedes ni aktif pada waktu siang dan juga boleh menggigit pada waktu malam.
  • Virus Zika boleh dijangkiti pada kandungan ibu mengandung dan akan menyebabkan kecacatan pada kelahiran.
  • Setakat ini, masih tidak ada vaksin atau ubat untuk virus zika.

Simptom dijangkiti Virus Zika

  • Demam
  • Ruam
  • Kesakitan pada bahagian sendi
  • Mata merah
  • Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga muscle pain
Mengapa Zika berbahaya kepada sesetengah orang?

Jangkitan virus Zika ketika mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi yang dipanggil microcephaly dan juga kecacatan lain pada otak bayi yang baru lahir. Kecacatan lain yang dijumpai pada bayi yang dijangkiti oleh virus Zika sebelum kelahiran adalah kecacatan pada mata, pendengaran dan kecacatan pada tumbesaran. Juga ada laporan yang mengatakan ia juga bole menyebabkan Guillain-Barre syndrome yang menyerang saraf sesorang disebabkan zika.



Bagaimana cara untuk mengelakkan dari dijangkiti Virus Zika?

Sehingga hari ini masih lagi tidak ada ubat mahupun vaksin untuk mengelakkan dari dijangkiti dari virus Zika. Cara yang terbaik adalah dengan memelihara diri kita dan keluarga daripada gigitan nyamuk dengan:
  • Menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang
  • Gunakan insect repellant
  • Gunakan kelambu untuk bayi mahupun kita sendiri semasa tido
  • Cegah dari pembiakan nyamuk di sekitar kawasan rumah

Apa yang perlu kita lakukan jika dijangkiti Virus Zika?
  • Rehat dengan secukupnya
  • Minum untuk mengelakkan dehidrasi
  • Ambil ubat seperti acetaminophen untuk mengurangkan deman dan sakit
  • Jangan ambil aspirin ataupun ubat non-steroidal anti-inflammatory yang lain
  • Rujuk pada Doktor sekiranya anda dikehendaki memakan ubat lain disebabkan masalah kesihatan

August 19, 2016

Tips Pertama Kali ke Pejabat Tanah Negeri untuk pembelian tanah

Pagi ni aku ke Pejabat Tanah Dearah Gombak, dengan tujuan nak bertanya pasal maklumat tanah yang kebetulan ada diiklankan untuk dijual. Jadi untuk mendapat kepastian, aku ke pejabat tanah untuk mengambil ataupun membeli maklumat tentang tanah yang nak dibeli. Kali ni aku baru pertama kali buat carian status dan ingin berurusan untuk pembelian tanah. Jadi kali ni, aku nak berkongsi pengalaman aku di pejabat tanah.



Mencari carian status tanah

Kalau korang nak cari status tanah, korang kena beli borang carian tanah. Berharga RM30.  Dalam Sijil Carian Tanah tu korang boleh tahu maklumat pasal tanah, pemilik tanah dan alamat rumah dan juga apa proses yang sedang berlaku pada tanah tersebut.


Dalam kes aku, aku boleh tengok dan tahu yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan.


Pertukaran Status Tanah

Kemudian, aku ke Unit Pembangunan Tanah. Sebab aku nak tahu betul atau tidak apa yang diperkatakan oleh agen yang tanah tersebut dalam proses pertukaran status dari pertanian ke bangunan. 

Apa yang aku faham, proses dalam pertukaran status tanah ni, perlukan beberapa kelulusan.
  • Pejabat Tanah Daerah
  • Unit Perancang Bandar
  • Pejabat Tanah Negeri
Semua kelulusan tu perlu diambil kira. Sebab kalau salah satu sama ada Pejabat Tanah Daerah ataupun Unit Perancang Bandar, penukaran status tanah tu tak dapat dilaksanakan. Dan info yang aku dapat dari pegawai di Pejabat Tanah Gombak sendiri yang masa yang diambil untuk satu-satu kelulusan adalah lebih kurang 6 bulan. Jadi, kalau ada timbul apa-apa masalah contohnya, ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Tips dari Pegawai di Pejabat Tanah
  1. Semak dan pastikan status tanah, syarat yang dinyatakan pada tanah dan juga sekatan ke atas tanah.
  2. Perlu bertanya pada penjual tanah samada permohonan telah dibuat untuk pertukaran syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman.
  3. Tentukan dengan penjual tanah telah membuat permohonan pecah sempadan.
  4. Perlu pastikan sama ada penjual tanah mendapat kelulusan kebenaran daripada perancangan seperti yang diiklankan.

**Gambar Ihsan dari Google Images.

August 13, 2016

Jimat kos tukar screen iPhone 5S


Bulan lepas screen iPhone 5S aku retak dan pecah. Ni sebab jatuh atas jalan. Padahal, sebelum ni pun ada juga jatuh. Tapi tak ada la sampai pecah. Nasib kali ni screen tu terpecah pula. Bila aku buat survey-survey kat kedai, sekali nak tukar screen iPhone 5S ni memang mahal. 


Ada yang harga RM400++. Ada juga yang harga RM250++. Tapi rata-rata memang mahal. Macam tak berbaloi pula nak tukar beratus-ratus harganya. Sebab aku rasa kalau cari iPhone 5S second hand pun tambah seratus dua lagi. Tu yang good condition. Sebab brand new sekarang pun dah RM1299.

Jadi aku decide nak tukar sendiri. Jimat kos dan dapat pengalaman sendiri. Tapi kena study betul-betul la manual cara nak buka. Aku selalu tengok dekat ifixit.com.


Aku order screen iPhone 5S tu dari ebay. Tengok yang mana bagus kualiti, aku dapat dengan harga termasuk pos lebih kurang RM90. Beli tools pula, RM5. Jadi kos permulaan nak tukar kurang dari seratus ringgit. Untung banyak tu. 

Aku berjaya tukar.

Tak susah pun, cuma first time tu cuak sikit. Masalah pun tak ada. Yang penting korang kena study manual nak tukar screen tu dulu. Lepas tukar tu, aku pun ada mengalami masalah sebab line selalu "searching". Rupanya aku kena reset network iPhone tu baru okay.

Jadi kat sini aku dah mampu save banyak. Dan iPhone 5S aku sampai sekarang masih berfungsi. Alhamdulillah.

July 22, 2016

BRE ataupun dikenali sebagai Beyond Economic Repair

Bulan lepas aku terlibat dengan kemalangan di KM145.1 di lebuh raya PLUS menghala ke Johor Bharu. Di sebabkan aku tak berapa nak familiar dengan kawasan Pagoh atau Muar pendekatan yang aku ambil adalah dengan menghubungi syarikat insurans aku tanpa mengambil kira geng-geng tow truck yang datang nak tolong.

So, semua insurans aku settlekan termasuk la towing ke panel bengkel kereta diorang.



Apa itu BRE ataupun Beyond Economic Repair?

Aku pun baru tahu juga pasal BRE ni. Ni yang terjadi pada aku disebabkan kemalangan tu. Syarikat insurans menawarkan aku untuk cover sepenuhnya nilai insurans yang aku bayar disebabkan BRE dan kereta aku dikategorikan sebagai total lost. Bukan lah bermaksud kereta aku ni tak boleh dibaiki, tapi kereta aku ni tak cukup nilai insurans aku untuk baiki.

Satu pelajaran yang aku dapat, apabila kita claim untuk satu-satu kemalangan, selalunya syarikat insurans tak akan cover sepenuhnya untuk membaik pulih kenderaan. Sebagai contoh dalam kes aku, paling tinggi boleh cover lebih kurang 60% daripada nilai insurans aku. Yang mana aku rasa nilai tu tak cukup nak baiki kerosakan kereta aku.

Ini disebabkan, apa yang aku tahu daripada bengkel kereta tu, diorang akan baiki, tapi dengan cara "contract repair". Repair sampai siap dengan nilai yang diluluskan oleh syarikat insurans.

Kat sini, kena pertimbangkan pulak, sama ada berbaloi atau tidak untuk "total lost" kan kereta tu. Macam kes aku, aku kena tambah lebih kurang RM5k untuk settlekan loan dengan bank. Sebabnya nilai insurans aku agak rendah dibandingkan dengan hutan yang aku ada dengan bank sekarang.

Kesimpulannya,

  • Total lost tak semestinya total lost. Kadang-kadang ini disebabkan nilai insurans yang di insuranskan tak dapat menampung kos pembaikan. Jadi syarikat insurans mengambil jalan untuk total lost kan kereta.
  • Nilai "insured" value kalau boleh janganlah terlalu rendah. Kalau boleh insurans kan sama nilai dengan baki loan. Aku ikut nilai yang diberikan oleh syarikat insurans, tu yang jadi kurang tu tu.



May 29, 2016

Saham amanah, pendapat aku.

Dah banyak kali orang cadangkan aku untuk ambil saham amanah. Tak kira la, Public Mutual mahupun CWA. Sebab aku dah pernah ambil saham amanah tapi tak tolak daripada gaji. Cuma ambil melalui bayaran bulanan. 

Al-kisahnya, aku masuk dan beli saham amanah daripada CWA kalau tak silap aku saham amanah Dali Equity. Yang mana pada masa tu, boleh dikatakan price trend untuk saham amanah ni agak tinggi. Lebih kurang 20% dalam masa 3 tahun. Ya, pada mulanya aku tak tahu apa-apa pun pasal pasaran saham ni. Dan bila aku beli saham amanah sebanyak RM500 tapi nilai saham amanah dan juga ditolak dengan kos-kos lainnya. Nilai lebih kurang RM480. Sampai sekarang masih lagi berada di bawah RM500 seperti yang aku bayar pada mulanya.


Pendapat aku mengenai saham amanah.

Saham amanah merupakan salah satu cara untuk melabur saham tanpa perlu kita ambil tahu secara terperinci disebabkan pelaburan kita diuruskan oleh mereka yang berkelayakan dan berpengalaman seperti Public Mutual, CIMB-CWA, Manulife dan banyak lagi.

Saham amanah mempunyai kos-kos yang menyebabkan kita perlu tolak untuk kos pengurusan terhadap pelaburan kita. Kos-kos tersebut bergantung kepada bank yang kita ambil.

Semakin banyak kita simpan semakin tinggi keuntungan. Tapi untuk berapa lama. Adakah kita perlu untuk tunggu selama 10 tahun atau pun kita boleh capai nilai keuntungan yang sama kalau kita melabur dalam unit saham ekuiti.

Kita kurang pasti dengan kos-kos yang terlibat. Pengalaman aku bila aku bertanya pada agen-agen saham amanah, selalunya mereka kurang pasti dan tidak terangkan secara terperinci tentang kos-kos yang terlibat. Aku

masih ingat ketika mana aku tak tahu, aku beli saham amanah RM500, ingatkan nilai saham amanah tu RM500, rupanya kurang. Sebab kene tolak kos-kos lainnya.


Pendek kata, saham amanah ni kita wakilkan orang lain untuk mengurus duit kita tanpa perlu kita pening. Sebab semua tu diuruskan oleh mereka-mereka yang berkelayakan. Tapi setakat ni dalam setahun aku terlibat dalam pelaburan saham ekuiti. Aku rasa aku lebih berminat untuk urus duit aku sendiri. Dengan keuntungan yang aku dapat lebih dari 20% untuk masa setahun.

Konklusi:
  • Saham amanah diuruskan oleh Fund Manager.
  • Saham amanah terdapat kos-kos pengurusan.
  • Saham amanah boleh dikatakan 'hassle free' tak perlu pening-pening pasal untung rugi. Yang penting untung.
  • Keuntungan sesuatu saham amanah itu bergantung kepada fund manager.

P/S : Sebarang komen amat dialu-alukan.

May 25, 2016

Kelebihan iPhone yang tersembunyi

Berapa ramai yang pakai iPhone kat sini? Aku sendiri dah pakai iPhone lebih kurang 3 tahun baru aku tahu yang rupanya iPhone aku ni masih aku belum cukup "explore" lagi.

Bagi siapa yang tak tahu, jom tengok video kat bawah ni.


Macam mana? Lepas ni boleh la try features terbaru ni. Paling best yang boleh pakai pergerakan kepala tu. Senget-senget kepala tu. Hahaha.

Video oleh Tech Insider.

May 21, 2016

Buffettology - Mary Buffett & David Clark


Buffettology oleh Mary Buffett & David Clark.


Aku baru sahaja habis baca buku ni yang banyak menceritakan tentang teknik-teknik pengiraan untuk ekuiti yang di beli dan juga teknik-teknik yang digunakan oleh Warren Buffett berdasarkan pemerhatian oleh Mary Buffett dan juga David Clark.

Untuk pengetahuan, buku ini memang tak melibatkan Warren Buffett tetapi ini adalah penulisan oleh Mary Buffett yang merupakan bekas menantu Warren Buffett. Disebabkan Warren Buffett amat mengalakkan anak-anak dan menantu melabur saham secara tak langsung semua ahli keluarganya terlibat dalam pelaburan saham. Dan disebabkan itu, Mary Buffett cuba untuk berkongsi tentang teknik-teknik yang sering digunakan oleh Warren Buffett dalam pelaburan saham.  Bagi aku, buku ini amat penting untuk mereka-mereka merancang untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Kebanyakan teknik yang digunakan oleh Warren Buffett adalah untuk mengaut keuntungan dalam masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Juga diterapkan dalam buku ini cara-cara dan masa yang sesuai untuk membeli sesebuah ekuiti.

Pelbagai kriteria yang digunakan oleh Warren Buffett dalam "VALUE INVESTING". Teknik Warren Buffett yang amat popular. Bagi aku, cukup mudah untuk memahami penulisan Mary Buffett dan David Clark. Bahasa yang digunakan cukup mudah dan mereka yang mungkin baru berjinak-jinak dengan pelaburan saham aku rasa perlu memiliki buku ini untuk mengetahui lagi cara investing yang betul dan mengaut keuntungan melalui "STOCK COMPOUNDING".



May 19, 2016

PAVREIT dan AAX dah jana keuntungan lebih 20% untuk pelaburan aku

Paling last aku berkongsi pasal pelaburan saham pada tahun lepas.

Kali ni aku rasa aku nak berkongsi tentang hasil pelaburan aku dalam dua ekuiti saham. Untuk pengetahuan korang aku mula melabur dalam saham ekuiti ni pada tahun lepas dan aku rasa hasil dengan melabur saham ni kalau kita betul-betul faham boleh membuahkan hasil yang lagi elok dari hasil dividen yang selalu kita harapkan dari ASB.

Aku banyak membaca buku yang digunakan oleh Warren Buffet dalam "Value Investing". Mungkin aku akan kongsikan dalam entry-entry akan datang.

Berikut aku kongsikan dua ekuiti yang dah bagi pulangan pada aku lebih dari 20%.

PAVREIT



Aku beli ekuiti ni tahun lepas. Pada ketika itu ekuiti ni berharga RM1.52 per share. Kriteria pemilihan aku untuk ekuiti ni adalah Pavilion Mall. Bagi seorang yang masih baru lagi dalam dunia pelaburan, pengalaman aku belum cukup dalam untuk mengenali syarikat tersebut. Jadi kriteria pemilihan aku bila mengikut teknik Warren Buffett adalah dengan menggunakan consumer monopoly. Amnya, memang aku tahu yang Pavilion Mall, Bukit Bintang memang tak pernah ada kosong dan boleh dikatakan hampir 90% kedai disewa. Jadi aku pun beli la ekuiti ni dengan cara mudah apabila tengok keadaan Pavilion Mall sahaja.

Dalam masa setahun, ekuiti ni dah meningkat pada harga RM1.80 per share. Kenaikan sebanyak 28% daripada harga asal tahun lepas.

AAX



Kalau korang masih ingat, pada tahun lepas salah satu kapal terbang milik Indonesia Air Asia yang kemalangan di Lautan Jawa. Dan pada ketika itu juga ekuiti untuk Air Asia menjunam ke tahap yang paling rendah. Tapi pada waktu tu aku tak cukup kewangan untuk beli ekuiti masa tu. Jadi bulan lepas aku beli ekuiti Air Asia pada harga RM0.315 per share. Harga terkini adalah pada RM0.41 per share. Peningkatan sebanyak 30% dalam masa sebulan.

Kriteria yang aku tengok untuk Air Asia X ni, sebab yang paling utama adalah kos penerbangan yang murah. Dan sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat penerbangan lain yang agak mahal. Jadi untuk ke luar negara, mereka masih memilih untuk menaiki Air Asia X. Ini berbeza dengan Air Asia sebab untuk AAX cuma menawarkan penerbangan ke berberapa buah negara sahaja.


Jadi, bila aku tengok revenues untuk AAX ni consistent dan sentiasa meningkat. Dan berpontensi untuk mencapai harga yang lebih dari RM0.50.

Setakat ini, kedua-kedua ekuiti ni masih lagi mengekalkan tempo yang sama. Tapi apa yang penting bukan kita menjana keuntungan dalam masa yang singkat. Bagi aku, "value investing" yang digunakan oleh Warren Buffett adalah konsisten. Dan aku rasa kedua-dua ekuiti ni berpontensi untuk pergi lebih jauh.


Boleh rujuk entry untuk KOS MEMBELI SAHAM.

May 15, 2016

Cara untuk dapatkan Macbook dengan harga murah daripada pasaran.

Bulan lepas kalau korang masih ingat aku ada tulis satu entri pasal Macbook aku yag dicuri ketika parking di KLIA 2. Lepas dari itu, memang aku dah tak ada laptop untuk buat kerja cuma harapkan iphone dan juga tablet Acer Iconia yang dah lama aku tak gunakan. Jadi pencarian untuk aku beli Macbook baru.

Kali ni aku nak kongsikan cara aku cari harga Macbook yang paling rendah aku boleh dapat dengan harga yang paling rendah.

Mudah.my
Aku tak kisah kalau aku beli daripada Mudah .my. Sebab Macbook Air 11 inch yang aku pakai hari tu pun beli di Mudah.my. Aku beli dari seorang warganegara Canada yang bercadang nak keluar dari negara disebabkan dia dah habis urusan kat Malaysia. Yang paling best, Macbook yang aku beli time tu dapat denga harga yang agak murah dan juga disertakan dengan resit. Baru dibeli dalam masa sebulan. Aku dapat dengan harga RM2400. Sebab time tu Macbook Air 11 inch yang baru berharga RM3,199.
Tapi bila dah beli kat Mudah ni memang ada risiko juga. Sebab sebelum aku beli Macbook aku ni, aku pernah ditipu oleh penjual di Mudah. Boleh tengok entri aku kat sebelum ni.

Machines Store
Aku beli Macbook aku ni di Machines, Midvalley. Nak dijadikan cerita bila aku tengok laman we Machines online store ada satu bahagian Clearance kat situ. Kat situ kebanyakan unit-unit barangan Apple yang dikategorikan sebagai Ex-Demo dan Open Box dijual kat bahagian tu. Dengan harga yang berpatutan dan lagi murah daripada unit yang baru. Boleh dikatakan semua model barang Apple ada dijual situ. Jadinya, “First Come, First Serve”. Kat sini aku dapat beli Macbook 12 inch pada harga RM3,670. Macbook baru time tu RM4,599.



Apple for Education Store
Kat sini pun boleh dapat murah. Especially untuk pelajar-pelajar. Tapi nak cakap murah pun tak lah murah sangat. Harga yang lebih kurang RM200 bagi setiap unit. Cuma perlu dibeli melalui online. Cntoh macam harga Macbook 12 inch, RM4,599 akan dikurangkan sehingga RM4,399.

Jadi tu antara cara yang aku dapat kongsikan kalau korang nak nak beli Macbook dengan harga yang murah sedikit jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Satu lagi yang aku rasa korang juga boleh tengok nilai mata wang kita jika dibandingkan dengan USD. Sebab tu pun mempengaruhi jugak harga Macbook ataupun produk-produk Apple yang lain.



April 26, 2016

Pembeli di Mudah.my kena tipu

Kes scammer sekarang ni making menjadi-jadi. Selalunya kita dengar yang penjual selalu kena tipu. Sekarang ni dengan pembeli-pembeli pun bleh kena tipu. Baru-baru ni aku sendiri pun kena 'game' dengan geng scammer ni. Tapi nasib baik la tak melibatkan duit. Cuma duit minyak aku je yang melayang. Tu pun nasib baik la jauh. 

Aku cuba deal dengan mamat ni. Dalam mudah dia pos iklan Macbook Pro full spec dengan harga yang memang tak masuk akal. RM 3,250 tapi kalau ikutkan harga pasaran RM12,999. Memang murah sangat-sangat. Aku pun pada asalnya memang tak percaya la. Mana tak nya, beza hampir RM10,000. Tapi bila aku call, mamat ni cakap mat salleh. Cakap melayu memang tak dapat. Mula-mula tu dah syak dah. Tapi bila dia cakap yang Macbook tu guna untuk projek aku pun macam confident la sikit.

 

Tanya punya tanya aku pun akhirnya setuju la sebab dengan harga dan spec yang dia bagi tu memang puas hati la kalau dapat. Lepas tu aku pun cakaplah kat dia yang aku dah setuju nak COD. Aku sampai kat tempat dia dalam masa sejam.

Lepas tu, dan-dan pulak ada orang lain yang nak beli jugak. Siap suruh aku letak deposit RM200 nak secure the deal. Aku cakap takpe la. Aku bawak cash RM3,250 dan aku bayar time COD. Tapi kalau ada orang lain yang dah letak deposit aku patah balik.


Tak pasal-pasal dia senyap dan tak pick up phone. Sampailah dia cakap nak jumpa kat sana. Aku gerak la di sana. Bila dah sampai, memang aku dah agak tak dapat call. Sebab call pun tak angkat. Aku tunggu dekat setengah jam pun takde reply message or call. So dah boleh consider kena game la. Memang dia nak duit deposit tu je. Dan mungkin juga barang tu tak ada pun. 

Last, aku report kat Mudah pasal iklan tu. Lagi elok di report daripada ada mangsa lain pulak yang kena tipu. Dan mudah pun ambil tindakan yang cepat sebab tak sampai sehari, iklan tu dah pun di remove. 



Boleh rujuk entry blog Penjual di Mudah.my sering tertipu

April 9, 2016

Proton perlu bangkit.

Sejak kebelakangan ni banyak sangat kedengaran isu pasal Proton. 



Sebenarnya isu Proton ni dah lama pun kedengaran. Sejak zaman  Tun Mahathir memerintah lagi. Tapi kali ni bila Tun meletakkan jawatan beliau sebagai penasihat Proton barulah ramai menteri-menteri yang memberikan pendapat masing-masing pasal keadaan syarikat automobil negara.

Kereta Proton tak bagus ke?

Pendapat patriotik atau tidak bukan antara sebab untuk kita menggunakan kereta Proton. Dengan harga kenderaan buatan Malaysia yang boleh dianggap murah dibandingkan dengan kualiti. Nak "maintain" pun senang. Kalau nak dibandingkan dengan kualiti kenderaan sudah tentu jauh. Tapi bagi aku banyak lagi Proton perlu perbaiki. 

Contohi pengeluar-pengeluar kenderaan dari negara Korea. Dulu bila kita tengok kereta keluarang Korea, Hyundai mahupun Kia mesti tak pandang punyalah. Design pun tak cantik. Kereta pun tak tahan lama mudah rosak. Alat ganti pula mahal. Tapi dalam jangka masa yang singkat lebih kurang 10 -15 tahun kita boleh tengok perubahan drastik tentang kereta keluaran Hyundai dan Kia. MAlah dah mampu untuk bersaing dengan pasaran kereta dari Jepun. 

Kenapa Proton tak boleh jadi macam tu?

Terlalu banyak kerenah birokrasi kah? Ataupun ada pihak-pihak yang cuba untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan masa depan syarikat tu sendiri. Adakah Proton merasa amat selesa sebab sebelum ni dilindungi oleh kerajaan.



Aku rasa Proton boleh bangkit cuma perlu ubah strategi. Tengok balik pada kereta Hyundai Matrix direka oleh Pininfarina. Yang mana aku tahu kalau Pininfarina ni lebih sinonim pada Ferrari. Salah kah kalau Proton mengambil langkah yang sama dalam usaha menaikkan martabat kereta keluaran Malaysia?

Aku pun tak tahu. Sebab aku sebagai pengguna Proton melihat Proton boleh pergi jauh. Tapi perlu ditadbir oleh mereka-mereka yang bukan sekadar mengurus syarikat tapi perlu ada "Passion" in motoring world.