September 14, 2016

Update PS4 4.00 dilancarkan pada 13 September 2016


Update terbaru untuk PS4. Versi 4.00. Perubahan ketara pada paparan utama dan juga layout pada sesetengah bahagian.

Menurut laman web Gamespot, PS4 4.00 besaiz sebanyak 312MB dan salah satu ciri utama untuk update pada kali ini adalah cara susunan fail game dan juga apps. Selain itu terdapat juga perubahan pada menu design utama.

Berikut ciri-ciri yang dinaik taraf dari versi sebelumnya.

September 10, 2016

Playstation 4 Pro bakal dipasarkan di Malaysia pada harga RM1799


Playstation 4 Pro ataupun PS4 Pro bakal dipasarkan di Malaysia. Pihak Sony telah pun mengumumkan pelancaran 2 model terbaru Playstation iaitu model Playstation 4 Slim dan juga model yang lebih advance berbanding model sebelum ini iaitu Playstation 4 Pro. Playstation 4 Pro juga dilengkapi dengan kemampuan HDR dan 4K gaming. 



PS 4 menggunakan grafik prosessor yang lebih advance yang mana menggunakan "Polaris" architecture terbaru keluaran AMD dan GPU yang lebih pantas daripada model sebelum ini. Ini akan menyebabkan PS4 akan dapat memberikan grafik yang lebih stabil dan lancar dan juga menyokong resolusi 4K.









Menurut laman Facebook Gamers Hideout, PS4 Slim bakal dipasarkan pada hujung bulan ini, manakala untuk PS4 Pro bakal dipasarkan pada November 2016. Playstation 4 Slim pada harga RM1,399 dan model Playstation 4 Pro pada harga RM1,799.




September 9, 2016

PS4 Slim model versi nipis PS4 sedia ada bakal dipasarkan


PS4 Slim bakal menggantikan PS4 yang sedia ada sekarang. Dengan saiz yang lebih kecil jika dibandingkan dengan model sebelum ini. 



Sony mengumumkan bahawa untuk model PS4 slim ini lebih kecil, ringan dan malah lebih menjimatkan tenaga 34% dan 28% jika dibandingkan dengan model PS4 CUH-1000 & CUH-1200 sebelum ini. Ia turut datang dengan 500GB HDD dan juga model 1TB. Tapi buat masa ini hanya untuk PS4 region Japan sahaja menurut web Playstationlifestyle.

Jika dibandingkan dengan model sebelum ini, saiz nya lebih 30% lebih kecil dan beratnya dikurangkan kepada 25% daripada model CUH-1000 dan sebanya 16% daripada model CUH-1200. 


Dari segi internal spesifikasi, PS4 slim datang dengan sepsifikasi yang sama dengan model PS4 sebelum ini. Ia dilengkapi dengan 1.6GHz eight-core processor, 8GB DDR5 Ram pada kelajuan 176GB/s dan juga 500GB HDD.




Tidak ada perubahan ketara melainkan dari segi saiz dan berat. Mungkin kita akan dapat lihat prestasi sebenar PS4 slim ini dibandingkan dengan model PS4 yang ada sekarang. Tapi Sony juga bakal memperkenalkan PS4 Neo yang dikatakan lebih advance jika dibandingkan denga PS4 sekarang. 

September 8, 2016

Apple memperkenalkan iPhone 7 dan iPhone 7 plus


Apple telah melancarkan dua variasi baru untuk produk iPhone, iaitu iPhone 7 dan iPhone 7S dalam satu majlis di San Francisco semalam. Turut dilancarkan dalam majlis tersebut adalah generasi kedua untuk Apple Watch Series 2 dan juga wireless headphones ataupun lebih dikenali sebagai AirPods. 


iPhone 7 dan iPhone 7 plus

Dua variasi saiz screen yang diperkenalkan adalah 4.7 inch dan juga 5.5 inch untuk dua model berbeza. Kedua-dua model kalis air dan debu turut menjadi salah satu ciri terbaru bagi model  kali ini. 



Apple turut menyatakan bahawa untuk model iPhone 7 kali ini mempunyai jangka hayat bateri yang lebih lama 2 jam jika dibandingkan dengan model iPhone 6s sebelum ini. Manakala untuk model iPhone 7 plus selama 1 jam. 


Turut diperkenalkan juga warna terbaru untuk model iPhone 7 iaitu Jet Black yang lebih glossy dibandingkan dengan warna black sebelum ini. Turut data dengan warna putih, hitam, gold dan juga rose gold. 

Dilengkap dengan cip pemprosesan A10 Fusion terbaru dengan 64-bit empat teras CPU yang mana 40% lebih pantas dari kelajuan cip pemprosesan A9 yang digunakan oleh iPhone 6S. 



Untuk model terbaru ini, ia juga dilengkapi dengan kamera optikal terbaru bersama image stabilisation dan juga 6 elemen lens dan f/1.8 aperture. Ini akan meningkatkan lagi penerimaan cahaya terutama sebanyak 50% apabila kita menggunakannya dalam keadaan kurang cahaya ataupun 'low light' photography. Apple menyatakan bahawa untuk kamera model iPhone 7 kali ni 60% lebih pantas jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Perbezaan antara iPhone 7 dan iPhone 7 plus adalah ia dilengkapi satu lens kamera. Manakala iPhone 7 plus dilengkapi dengan dual lens kamera iaitu, 'wide angle' dan 'telephoto'. Turut ditambah didalam iPhone 7 plus adalah 'potrait effect' terbaru bagi mendaoatkan depth of field gambar tersebut.


Perubahan terbesar apabila Apple telah pun mengucapkan selamat tinggal kepada 3.5mm headphone jack. Dengan ini secara sah, Apple dah tak galakkan untuk menggunakan headphones yang menggunakan wayar lagi. Selain itu, turut diperkenalkan oleh Apple adalah AirPods. Earphones wireless yang dilengkapi dengan microphone. Melihatkan pada reka bentuk AirPods, lebih kurang sama dengan rekabentuk earpods sebelum ini. Cuma tanpa wayar.








September 4, 2016

Nak hidup kat Malaysia sekarang ni mampu ke tak? Ke patut berhijrah?

Harga Rumah makin mahal.

Ya. Aku setuju dengan artikel tulisan Saifulizam Mohamad dalam Rencana Utusan Malaysia. Boleh rujuk artikel kat bawah ni.


Ya. Aku setuju. Walaupun aku tahu, sekarang di luar sana ramai mereka yang sering berkongsi pasal bagaimana mereka membeli rumah di usia muda. Dan pelbagai cara yang mereka ajar dan galakkan untuk para graduan atau yang baru bekerja untuk meletakkan prioriti untuk membeli rumah di usia muda. 

Tapi adakah betul jika dikatakan menjadi kesalahan seseorang itu tidak membeli rumah pada usia muda adalah disebabkan mereka sendiri?

Sebelum aku teruskan, aku cuma mempunyai sebuah rumah. Yang mana kini aku tak tinggal sebab aku beli rumah yang bukan berdekatan tempat aku bekerja. Dan aku beli rumah pun daripada ayah aku sebab nak gunakan cash money untuk bina rumah di atas tanah sendiri di Kota Bharu. Disebabkan perlukan cash money dan tak perlukan pinjaman bank atas nama ayah aku. 

Jadi itu antara sebab aku miliki rumah yang bukan untuk aku duduk. Tapi alhamdulillah. Aku berjaya sewakan pada orang walaupun nilainya tak sama dengan bayaran loan bulanan aku. Sudah tentu, mereka-mereka property investor kat luar sana akan mengatakan aku rugi, sebab ROI aku dah negatif. Ya betul. Negatif. Sebab aku tak untung satu sen pun. Malahan aku kena tambah lagi duit untuk bayar loan.

Tapi, sejak kebelakangan ni, harga rumah terlalu mencanak tinggi. Sampaikan ramai daripada bangsa Melayu, Islam tak mampu nak memiliki rumah. Banyak faktor. Dan aku rasa tak patut dipersalahkan individu tersebut disebabkan tidak memiliki rumah lagi.

Aku sekarang menyewa. Di Kuala Lumpur. Kadar sewaan rumah RM1000 untuk saiz rumah 850sqft. Tapi aku menyewa bersama kawan. Jadi kurang la sikit. Tapi tu cuma sewa rumah. Cuba kalau kita pecahkan lagi kadar untuk memiliki mahupun menyewa sebuah rumah :


Nilai tu tak termasuk lagi kalau korang miliki sebuah kenderaan. Letak la dalam RM150 sebulan untuk sebuah motor EX5 sebab bujang lagi. Tapi kalau dah berkeluarga dan memilik kereta lebih kurang RM 450 sebulan. Tak ke jumlah tu dah mencecah RM1740.  Kalau nak dibandingkan dengan gaji permulaan bagi seorang graduan?

Aku tak letakkan pelaburan dalam hartanah ni salah satu penyebab kenaikan harga hartanah. Banyak faktor-faktor lain yang dapat menyumbang terhadap kenaikan hartanah di bandar-bandar besar contohnya. Tapi siapa yang patut membendung kenaikan hartanah seperti ini?

Bukan sekadar harga rumah yang membebankan. Perbelanjaan isi rumah pun bakal meningkat. Semua disebabkan oleh inflasi.


Mungkin ada sessetengah pihak yang akan cakap yang aku ni merungut je. Usaha lah lebih sikit. Betul. Aku faham. Mungkin ada diantara korang yang berusaha akhirnya Allah S.W.T kurniakan rezeki kepadanya. Tapi cuba kita tengok kepada mereka-mereka yang tak mampu walaupun dah bekerja siang malam. Tapi masih lagi kesukaran untuk menampung hidup. 

Ada tak pihak-pihak yang cuba untuk membantu?




Dan yang palin aku hairan. Dalam Berita TV tak ada pun sebut pasal ekonomi Malaysia yang dah makin kusut. Dah makin bahaya. Bebanan hutang makin meningkat. Yang selalu sebut, ekonomi Malaysia masih stabil. Itu je la hari-hari pun. Berita politik tak habis-habis.

September 2, 2016

Virus Zika di Malaysia

Kes pertama di Malaysia telah pun disahkan. Sedikit perkongsian mengenai virus Zika.


Mengenai Virus Zika?

  • Disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti dengan virus zika. Nyamuk Aedes ni aktif pada waktu siang dan juga boleh menggigit pada waktu malam.
  • Virus Zika boleh dijangkiti pada kandungan ibu mengandung dan akan menyebabkan kecacatan pada kelahiran.
  • Setakat ini, masih tidak ada vaksin atau ubat untuk virus zika.

Simptom dijangkiti Virus Zika

  • Demam
  • Ruam
  • Kesakitan pada bahagian sendi
  • Mata merah
  • Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala dan juga muscle pain
Mengapa Zika berbahaya kepada sesetengah orang?

Jangkitan virus Zika ketika mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada otak bayi yang dipanggil microcephaly dan juga kecacatan lain pada otak bayi yang baru lahir. Kecacatan lain yang dijumpai pada bayi yang dijangkiti oleh virus Zika sebelum kelahiran adalah kecacatan pada mata, pendengaran dan kecacatan pada tumbesaran. Juga ada laporan yang mengatakan ia juga bole menyebabkan Guillain-Barre syndrome yang menyerang saraf sesorang disebabkan zika.



Bagaimana cara untuk mengelakkan dari dijangkiti Virus Zika?

Sehingga hari ini masih lagi tidak ada ubat mahupun vaksin untuk mengelakkan dari dijangkiti dari virus Zika. Cara yang terbaik adalah dengan memelihara diri kita dan keluarga daripada gigitan nyamuk dengan:
  • Menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang
  • Gunakan insect repellant
  • Gunakan kelambu untuk bayi mahupun kita sendiri semasa tido
  • Cegah dari pembiakan nyamuk di sekitar kawasan rumah

Apa yang perlu kita lakukan jika dijangkiti Virus Zika?
  • Rehat dengan secukupnya
  • Minum untuk mengelakkan dehidrasi
  • Ambil ubat seperti acetaminophen untuk mengurangkan deman dan sakit
  • Jangan ambil aspirin ataupun ubat non-steroidal anti-inflammatory yang lain
  • Rujuk pada Doktor sekiranya anda dikehendaki memakan ubat lain disebabkan masalah kesihatan